Saturday, January 1, 2011

Diambang tahun 2010-2011


Kali ini sambutan tahun baru tidak ada bezanya dengan tahun-tahun sebelumnya..anak muda, bunga api, konsert, dan macam-macam lagi memang sudah sebati, tidak dapat dipisahkan. Di luar sana pasti meriah dengan 1001 macam pesta. Malam ini, malam yang pekat tidak kelihatan kerana disulami cahaya dan keriuhan tempikan manusia menyambut kedatangan tahun baru...riuh yang bingit kedengaran dari jauh walhal diri berada jauh dipelusuk rumah yang agak tersorok.

Kemeriahan di kawasan tumpuan ramai sedang berlangsung kerana esok lembaran baru akan bermula. Sepertinya, diri ini belum bersedia lagi melangkah untuk tahun 2011. Diri masih tertanya-tanya, adakah esok akan lebih baik dari hari ini? apakah azam lama sudah tercapai? bagaimanakah pula untung nasib pada tahun baru ini? Aduh..banyak sangat yang perlu difikirkan..

Nahh!! bunyi mercun sudah kedengaran cuma percikan bunga api saja yang belum kelihatan. Mmmm..pasti anak muda yang mendominasi pesta malam ini. Tika ini, deruman motosikal, tempikan manusia, bunyi mercun dan bunyi-bunyi lain telah pun bersatu menjadi bunyi yang paling "hodoh". Jangan leka!! kemeriahan tahun baru juga disambut oleh para ifrit dan konco-konconya..

Pada yang peka pasti dapat melihat bukti kelemahan manusia. Mereka-mereka yang sedang bersuka ria terlupa yang ifrit pun ada bersama, bersedia menabur kata-kata dan janji manis yang hanya kekal di atas bumi Allah. Kepuasan, keseronokan, keghairahan dan macam-macam lagi ekspresi jiwa yang dhaif mengekang akal fikiran yang waras justeru mengaburi mata dan jiwa manusia. Sampai waktunya, lihatlah hasilnya. Bersiaplah wahai masyarakat untuk menghadapi musim "tengkujuh" (pembuangan bayi)..Na'uzubillah...

Mungkinkah tajuk akhbar ini akan berulang 9 bulan akan datang?? tunggu dan lihat!!
Beringat sebelum terlambat wahai saudara-saudara seagamaku..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...