Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

Aurat adalah kecacatan


Assalammualaikum...


Orang selalu kata rambut adalah mahkota bagi orang perempuan. Rasanya saya tak setuju. Bagi saya, tudung itulah mahkota malah lebih daripada segala-galanya. Tudung itulah juga yang memelihara maruah dan harga diri bagi perempuan secara tak sedar. Tapi kalau tudung ada, lengan baju takde ataupun berseluar fit, masalah juga. Tudung hanya akan menjadi mahkota setelah semua bahagian tubuh kecuali muka dan tapak tangan dilitupi pakaian yang labuh, tidak jarang dan tidak sendat.



Tudung labuh acener?

Kenapa hendak bertudung labuh? Pakai tudung apa saja pun tidak kesah sebenarnya tapi tudung labuh menjadi pilihan mungkin kerana mudah didapati, lebih murah dan cara pemakaiannya sangat mudah. Tak sampai 1 minit dah terbentuk cun kat kepala. Haa…itu lah sebabnya tudung labuh menjadi pilihan. Nak diringkaskan, tudung labuh memenuhi spesifikasi kesederhanaan. Nabi Muhammad selalu mengajak umatnya supaya mengamalkan kesederhanaan. Jadi sebagai umat-Nya, kenapa tak bersederhana dalam soal penampilan?

Yang menjadi persoalannya, orang ramai selalu mensinonimkan tudung labuh dengan kealiman. Padahal, sesiapa pun layak memakai tudung labuh. Kalau nak berbicara tentang kealiman, perkataan itu hanya layak diberi kepada mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi tidak kira dalam hal-hal keakhiratan ataupun hal-hal keduniaan. Orang yang memakai tudung labuh sebenarnya tak layak pun diberi gelaran ‘alim’. Bagi saya, pemakaian tudung labuh cuma suatu tindakan menutup aurat seperti mana yang telah disyariatkan agama Islam. Seperti yang selalu saya katakan, aurat itu kecacatan. Jadi, dengan memakai tudung labuh, aurat atau kecacatan kita akan lebih terpelihara daripada keaiban. Dalam surah An-Nur ada mengatakan bahawa perempuan hendaklah memakai tudung hingga menutupi bahagian dada. Mungkin sebab itulah tudung labuh dinamakan tudung labuh kerana kelabuhan tudung itu yang mampu menutup 1/3 daripada bahagian tubuh badan orang perempuan.

Orang yang memakai tudung labuh sememangnya mempunyai kekuatan yang luar biasa kerana mampu melawan nafsu dan pujukan syaitan. Hmm...boleh tak saya katakan orang yang bertudung labuh itu terdiri daripada golongan orang-orang yang pemalu? bagi saya, iya. kenapa? sebab mereka malu nak tunjukkan aurat @ kecacatan. Sifat malu itu sangat penting bagi setiap orang tak kira lelaki atau perempuan kerana sifat malu itu akan mengehadkan sempadan tingkah laku dalam apa juga tindakan. Jika sifat ini sudah lenyap dalam diri seseorang pasti banyak perkara mungkar akan berlaku. Mengenai akhlak pula, jika orang yang memakai tudung labuh dilihat cantik dan sejuk mata memandang tapi kalau akhlaknya buruk, yang cantik itu tetap akan dilihat buruk malah dua kali lebih teruk. Begitulah sebaliknya...Jadi, penampilan dan akhlak hendaklah seiring dan sejalan...

Jadi, apalah salah kalau kita pakai tudung ataupun upgrade skit pakai tudung labuh. Banyak hikmahnya. Kata orang 3 in 1. Selain dapat menegakkan syariah Islamiah, kita juga dapat menjaga mahkota dan kehormatan diri, selain itu insyaallah dapat melawan nafsu dan menepis hasutan syaitan. Insyaallah, dengan menjalani kehidupan yang serba sederhana, keimanan kita akan lebih teguh dan dapat menjadi insan yang berakhlak sepertimana yang dianjurkan Islam.

Yang baik itu datang dari Allah, maka ambillah sebagai panduan dan yang salah dan buruk itu datangnya dari diri saya sendiri sebagai hamba yang lemah. Mohon perbetulkan ya...moga-moga perkongsian ini mampu menjadikan kita muslim dan muslimah yang diredhai Allah..aamiin....

Sekian...
Wassalam... 

Friday, February 25, 2011

C.I.K.G.U


Celik Insan Kerana Guru Unggul...

Betapa unggulnya panggilan seorang CIKGU. Pasti ramai manusia di luar sana yang tidak pernah tahu makna seorang C.I.K.G.U walhal selama ini mereka berhadapan dengan orang yang sentiasa mencurahkan ilmu tanpa mengungkit-ungkit ilmu yang diberikan.

CIKGU juga dipanggil guru...
Namun, kita juga sering mendapati ada pendidik (rasmi @ ciplak) yang berperanan sebagai seorang guru. Mungkin tidak ada bezanya dari segi profesyen tetapi jika diambil kira dari segi maksud mungkin boleh diumpamakan seperti langit dan bumi. Terlalu banyak kemungkinannya...CIKGU adalah guru tetapi guru tidak semestinya CIKGU. Cikgu sentiasa berjaya membentuk anak-anak muridnya sehingga menjadi ORANG. Guru?? berjaya memperolehi kerja yang tetap dan pendapatan lumayan. "Makan gaji", itulah saja matlamat seorang guru...

MAAF, saya tidak berniat untuk memburukkan gelaran "guru".

Saya pasti semua guru yang ada di Malaysia adalah CIKGU. CIKGU yang sentiasa membentuk anak didik menjadi ORANG. Jika ada persoalan, "kenapa ada orang yang tidak menjadi ORANG??" jawapannya, "Owh, itu mission failed namanya. Maklumlah belajar dari guru (refer to the video)".

Wahai "guru-guru", sudah-sudahlah menjadi "guru". Berhijrahlah kepada CIKGU. Jangan risau, anda akan mendapat nikmat yang lebih besar daripada sebelumnya.

Kepada bakal pendidik, tetapkan dalam diri, anda akan menjadi CIKGU, bukan "guru".
Wassalam...

Tuesday, January 25, 2011

Miss to write here...

Lama sungguh tidak menulis dalam blog ni. Maklumlah awal semester ni tugasan sudah bertimbun-timbun, tambah-tambah lagi terlibat dengan bermacam-macam program. Sedar tidak sedar, sekarang sudah pun masuk minggu keempat kuliah. Aduh...terasa berat kepala otak ni berfikir. Perkara yang hendak difikirkan pula bukannya boleh diselesaikan dengan hanya memetik jari. Kalau sekadar memetik jari baik balik kampung dan tolong orang kampung buat mana-mana kerja yang patut.

Sebenarnya tiada "point" pun yang saya nak sampaikan cuma, saya mahu berkongsi kata-kata yang perlu untuk difikirkan bersama...


Kebanyakan orang pada masa kini hanya tahu menyalahkan takdir sedangkan mereka boleh memperbaiki nasibnya. Orang-orang yang suka menyalahkan takdir sebenarnya orang yang kurang percaya kepada keadilan Allah SWT. Allah tidak memberi akal fikiran, tenaga, dan pancaindera kepada manusia jika mereka hanya dikehendaki menunggu dan menerima nasibnya sahaja. Segala anggota, tenaga dan akal fikiran diberi kepada makhluk Allah untuk digunakan bagi menyelamatkan dan menjayakan diri masing-masing. Sebagai contoh, manusia yang bermulut tetapi tidak makan dan minum akan mati. Kematiannya itu adalah takdir tetapi jika dia makan dan minum serta hidup bertenaga, itu juga adalah takdir.
Sedutan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir di Perhimpunan 
Agung UMNO, 8 November 1991.

Marilah kita fikirkan bersama berkenaan mesej yang ingin disampaikan dalam ayat di atas. Mungkin selepas bermuhasabah, kita akan lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk meneruskan hidup..siapa tahu nasib kita akan berubah kepada yang lebih baik selepas ini...Insyaallah
Wallahu'alam...

Monday, December 13, 2010

Kewujudan Pencipta

Damainya jiwa tatkala melihat kebesaranNya. Adakalanya, mulut seakan terkunci dari meluahkan patah. Teringat pula ayat 60 dalam surah An-Naml yang bermaksud: 
"Bukankah Allah yang menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air dari langit untukmu, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah? kamu tidak akan mampu menumbuhkan pohon-pohonnya. Apakah disamping Allah ada tuhan yang lain?. Sebenarnya mereka* adalah orang-orang yang menyimpang."
(* Orang-orang yang menyekutukan Allah)

Terdetik pula di kotak fikiran, betapa luas dan banyaknya tanda-tanda kebesaran yang berada disekeliling namun seperti tidak pernah dihiraukan oleh kebanyakan mereka yang berakal. Tidakkah kalian tertanya-tanya, bagaimana mungkin manusia hidup dengan berbekalkan oksigen yang tidak boleh disentuh? apakah udara yang ada disekeliling kita beredar sesuka hati tanpa dikawal oleh suatu kuasa yang maha hebat?

Saya juga sering terganggu dengan satu persoalan yang boleh diklasifikasikan sebagai berat dan mungkin  juga sukar dijawab oleh akal fikiran saya yang dangkal ini. 

"Wujudkah Allah?"

Apakah kita mampu menjawab persoalan ini dengan deretan jawapan yang betul-betul dapat memuaskan hati orang yang bertanya?. Bagi saya, mungkin tidak salah jika kita perumpamakan "kewujudan Allah umpama udara". Manusia hidup berbekalkan udara yang disedut dan dihembus berulangkali tanpa disedari. Kita tahu udara itu memang wujud namun kita tidak mampu menyentuhnya. Tetapi, kita boleh merasai kewujudannya dengan adanya sapaan bayu, angin dan sebagainya. 

Maaf jika apa yang saya katakan di atas bertentangan dengan mana-mana pendapat, namun inilah pendapat saya bagi menjawab persoalan kewujudan Allah. Terlalu banyak contoh yang wujud yang telah diperlihatkan kepada kita namun itulah manusia, sering lalai dan leka termasuk diri saya sendiri. Persoalan akan sentiasa muncul, terpulang pada diri masing-masing untuk mengetahui jawapannya. Mereka yang berfikir tentu beruntung...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...