Showing posts with label Puitis. Show all posts
Showing posts with label Puitis. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

keta'atan matahari


Di depanku ini
berdiri megah selajur tanah yang tinggi
menganjur dari utara ke selatan
mengembalikan ingatanku ke kampung halaman

tiada bezanya di sini dan di sana,
udaranya sama,
rimbunan pohon pun sama sahaja
mentari juga muncul dari arah yang sama,
ringkasnya, semua sama.

* * * * * * * * * *
Subhannallah...
mentari yang terbit dari celah-celah pebukitan itu
membuatkan aku terpaku sebentar
cantik,
menenangkan,
juga menginsafkan,

Matahari
jadualnya telah diatur...

di siang hari,
ia berkhidmat menyinari alam
memberi cahaya kepada sekalian umat
bersama rahmat
anugerah dari yang Esa

apabila hari gelap,
semuanya malap
tapi ia tetap ada
ia ada di ufuk sana
itulah namanya malam,
masa untuk manusia bersemayam.

matahari itu juga makhluk seperti manusia,
sentiasa mentaati perintah-Nya
melaksanakan tugas tanpa keluhan,
juga tanpa dengusan.

namun,
 taat manusia tidak pernah sama dengan
taatnya matahari pada penciptanya
umpama langit dan bumi jaraknya.

Friday, April 1, 2011

Kisah di sini dan disana



Di sini...
Aku terpaksa bergelut dengan waktu
memerah tenaga hingga tak mampu
juga mendesak minda yang rapuh
untuk sesuatu yang kuharap ampuh
dalam membentuk siapa aku


Di sana...
Aku meninggalkan jejak harapan
untuk ingatan
kepada mereka di perkampungan
yang sentiasa mendambakan kejayaan
yang kuharap menjadi kenyataan

Friday, March 4, 2011

~ Sahabat ~

Maafkanlah...
andai aku pernah,
menyakitkan hati kamu,
menjatuhkan air muka kamu,
memandang rendah akan kebolehan kamu,
serta, membiarkan kamu berada dalam kesulitan...

Sahabatku,
aku tidak kesah..
berada di tempat kamu,
merasai semua kesulitan yang kamu hadapi,
malah aku tidak kesah jika kamu tidak melihat aku walaupun aku dihadapan kamu,

Aku,
suka kamu gembira,
suka melihat kamu tersenyum,
suka melihat kamu bergelak tawa,
walaupun tidak menghiraukan aku di sini.

Sahabatku,
aku tidak apa-apa,
aku senang mendengar gurau senda kamu,
senang melihat kamu berada dalam keceriaan.
jangan bimbang, aku tidak akan mengganggu kamu.

Aku,
tidak pernah membenci,
dan tidak pernah menyimpan hasad.
yang ada hanya, harapan dan doa yang ikhlas,
mengharapkan kamu sentiasa berada dalam kesejahteraan.

Ketahuilah sahabatku,
kerana kamu, aku mengenali diriku,
kerana kamu, aku memahami erti hidup,
dengan itu, kamu amat bermakna dalam hidupku,
kerana, membantu aku menjadi lebih kuat dan tabah.

Tuesday, December 14, 2010

Ana wa Anta

Ana, hadirmu ke dunia atas kehendak takdir Ilahi
Memberi kesempatan merasa kebesaranNya
Ana, redhalah pada ketentuanmu
Diiringi bersama pasrah yang menggunung
Hidupmu ana,
Bersama seribu liku menanti pasti
Tidak terperi sakitnya diri
Hidup merana tiada bertepi
Memberi kekuatan yang pasti bererti


Ana, sabarmu tinggi mencecah awan
Terima seadanya suratan untukmu
Dialah penilai hakiki tempatmu mengadu
Pasti, disinggahsana syurgawilah letakmu.
Ana, jangan mengharap hidup bermewahan
Jangan pula biarkan hidup dipinggiran
Cukuplah sekadar bersederhana
Selagi berdaya kerahlah ikhtiar


Anta, hendak yang rupawan, itu bukan ana
Hendak yang menawan, itu bukan ana
Hendak yang berharta, itu bukan ana
Hendak yang sempurna, itu bukan ana
Dengarkan ana..
Tidak terlintas di benak
Ingin punya segala yang indah dan sempurna
Cukuplah yang menghampiri tahu menghargai
Seadanya diri yang serba kekurangan


Anta, pasrahku telah sebati bersama takdir yang diaturNya
Terimalah ana atas keredhaanmu
Kurniaan cela dicaci jangan
Syukurlah padaNya..
Sebagai tanda menghargai apa yang ana dimiliki..



Saturday, December 11, 2010

Bunga

Bunga..
'Engkau' kuntuman indah yang mempersona
Menyebarkan semerbak wangian yang menenangkan atma
Mempelawa tiap mata untuk bertamu
Menyaksikan keindahan sifat yang mulus

Bunga..
Kembangmu diatur tika fajar menyinsing
Bersama kabus yang kian jatuh menyembah bumi
Yang juita pasti disunting
Yang cela ditinggalkan sepi
Itulah resminya alam

Bunga..
'Engkau' tidak mekar selamanya 
Waktu kuncup akan menerpa
Tika itu mentari sudah tidak ada sinarnya
Yang molek dan yang jelek tiada bedanya
Yang pasti semuanya tunduk terkulai layu
Menanti waktu untuk dicantas pemilik-Nya

 
~Azean~

Friday, December 10, 2010

Oh Masa!!


Tiap waktu yang berlalu
Seakan tiada tetapnya
Padahal waktu itu tidak lebih, kurang pun tidak
Kiraannya sama, begitu juga tempohnya..
Siang berlalu pergi apabila mentari berlabuh
Malam pula menjelma tatkala bulan berarak

Tapi mengapa..
Sering kedengaran suara keluhan
Betapa masa yang diatur oleh sang pencipta terlalu singkat tiada mencukupi..
Dirasai lama hingga membangkitkan rasa bosan..

Entah..
Bagaimana rasanya hidup di dalam ruang waktu yang tidak boleh dijangka..
Kelmarin, aku lalui hanya 22 jam setengah..singkatnya..
Hari ini, aku lalui 25 jam..aduh!! lamanya..
Bagaimana pula esok dan hari-hari mendatang..
Tidak mampu dicapai dek akal yang dangkal

Teraturkah hidup andai waktu itu tiada konsistennya??
Ternyata Al-Ins itu tiada pernah mensyukuri atas kurniaan-Nya
Itulah sikap yang nyata bagi makhluk yang memiliki akal fikiran yang sempurna
Jika dibekalkan umur yang panjang sekalipun, adakah ia bersyukur?
Mungkin, itulah rahsia mengapa Pencipta yang agung menetapkan kematian tiba pada waktu yang tidak dijangka..

Hargailah masa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...