Showing posts with label coret-coret. Show all posts
Showing posts with label coret-coret. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Bulan Ramadhan

Assalammualaikum...

Alhamdulillah...tidak lama lagi, bulan Ramadan akan menjelma lagi. Tidak sabar rasanya hendak menyambut bulan yang penuh barakah ini. Ramadan tahun lepas memang "best" tapi harap-harap Ramadan tahun ini lebih bermakna berbanding tahun lepas. Apa pun, semoga bulan ramadan kali ini dapat dipenuhi dengan amalan-amalan yang boleh menambahkan keimanan kepada Allah.
Kepada kaum muslimin dan muslimat di luar sana, saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak". Rebutlah peluang keemasan ini untuk menambahkan kuantiti pahala masing-masing dan melipatgandakan amalan sebagai tiket untuk ke syurga yang kekal abadi. Semoga, kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sabar. Insyaallah...

Saturday, May 14, 2011

Rindu kat awak...RUB!

Dah berminggu-minggu blog ni tidak ter'update'. Sekarang payah skit nak online, mujurlah hati terbuka untuk beli broadband. Lepas ni bolehlah online selalu.

Mmm..sekejapnye masa berlalu. Praktikal sudah bermula sejak seminggu lalu. Tinggal 13 minggu je lagi nak berpraktikal. Setiap hari kena p sekolah, balik jam 1.05pm..pastu kena masuk kelas, berhadapan dengan guru2 senior dan kena layan karenah bos (UNIV). Terkadang fikiran ter'stuck'..mampuih!

Len dari tu, setiap hari kena bersedia dengan pelbagai kemungkinan..silap haribulan kena buat keja-keja add hok (hentam p la). Terima je la kalau kena batang hidung. Tapi okey pe dapat kerja2 add hok, tu la yang mahal sebenarnya. nak amik mana pengalaman kalau bukan daripada keja2 lagu tu. Haa...kuar dah bahasa utara yang tak berapa nak utara nih. Cek baru nak belajaq. Salah pa cek tak kesah..
Hangpa jangan marah na kalau cek salah sebut ka, salah eja ka, salah apa2 ja la na.. cek pun baru nak belajaq cakap bahasa utara.

Setakat ni la dulu...cek riiindu kat hang RUB (Ruang Untukku Berbicara).

Friday, April 22, 2011

Kegilaan para wanita


Siapa nih??
Bila keboringan melanda, inilah hasilnya. Mujurlah mood tetap ada. Lukisan ni tidaklah seberapa, cukuplah sekadar mengisi masa lapang dan juga sebagai penawar kebosanan tahap dewa. Dah lama dah lukisan ni. Mmm..tak silap RUB, lukisan ni siap semester lepas.

Kenal tak siapa dalam lukisan tu? kalau tak kenal takpe, mungkin lukisan tu kot yang tak okeh. Anyway, sharing is caring..so, RUB just nak berkongsi dengan korang..manalah tau, ade orang yang sudi nak berkongsi tips memperbaiki lukisan dan teknik melukis. Nanti bolehlah RUB perbaiki lukisan pada masa akan datang.

Sinopsis lukisan (perghh..). 
Orang ini menjadi kegilaan para wanita di seluruh dunia. Hemm...memanglah, dah lelaki!!. Auranya begitu menyerlah sehingga semua golongan masyarakat tak kira orang tua, remaja, golongan kaya, miskin, malah golongan kanak-kanak pun turut mengalami fenomena luar biasa Maherzeinisme...Fuhhh..

Lepas ni, kalau boring lagi, nanti RUB lukis gambar isteri dan anak Maher Zain pula...(kalau ada mood la)
Okey...adios!

Tuesday, April 19, 2011

Pulut + durian

pulut + durian
Ni dia pulut + durian. Apa ar nama makanan ni? Siapa boleh explain??. Member selalu sebut pasal makanan ni. First time dengar memang rasa pelik. Bagi orang semenanjung, makanan ni mungkin biasa saja. Tapi, bagi orang Sabah dan Sarawak, makanan ni agak pelik dan ganjil.

Di Sabah adakah makanan macam ni?

Mmmm...memang sedap. Saya pernah makan makanan ni tapi baru sekali (mau lagi). Tu pun waktu p Penang hari tu. Kalau korang terliur tengo gambar tu, dan rasa mau mencuba makanan ni apa tunggu lagi...p la cari durian. Senang saja bah..meh saya tunjuk korang cara membuat makanan ni...

1. Korang kena cari durian dulu. Semua jenis durian boleh pulun. Kalau tiada durian sendiri, terpaksalah beli. Korang belilah 5 atau 6 buah durian. Barulah ada Ummpp..seeedaaap! Tapi, pastikan durian yang korang beli tu bagus dan sedap.

2. Pastu korang kukus pulut. Kalau mau kukus pulut, kukuslah pulut ikut per jumlah perut ye. Kata orang sepinggan pulut sama dengan 5 pinggan nasi putih. hohoho...berpada-padalah.

3. Jangan lupa santan. Santan ni kena masak dulu tau. Waktu makan nanti, tuanglah santan tu di atas pulut. Buat macam kuah.

4. Kalau ada gula lagi sedap..tapi kalau tiada gula pun tidak apa juga (jimat skit).

Kalau semua bahan sudah ada, step seterusnya...bubuh pulut dalam pinggan. jangan banyak sangat nanti tidak dapat habis, membazir saja. Lepas tu letak santan, gula, dan durian. Kemudian gaul semuanya macam korang gaul nasi kerabu. Kalau banyak durian lagi sedap. Lepas gaul semua...step seterusnya...

Serbuuuuuuuuuuuu......

 E'eehh..jangan gelojoh la...
Janganlah berebut...
Ehh..yang tu saya punya...
Mau lagi pulut...
Durian ada lagi ka?
Isshh..serabut!

Friday, April 15, 2011

Final EXAM sudah...

Sabtu ni...final exam sudah. Kawan-kawan lain rajin betul tanya tang exam...heran juga. Ada yang tanya, "camne exam? dah ready ke?", "bile exam?", "exam dah dekat kn?". Macam-macam lagi versi pertanyaan dorang..sabar ja la.

Tiap kali orang lain bertanya tang exam, tidak miss, saya mesti terjawab camni "hahh!! exam??". Sedikit terkejut (expression penting pe)..hahaha. Ya la tu terkezut :p.


Sejarah Malaysia abad ke-20..hmmm. Tu la paper exam hari sabtu ni. Banyak buku yang perlu saya rujuk. Semuanya tentang perjuangan tokoh dalam membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah dan juga usaha menuntut kemerdekaan. Best sangat Paper ni coz Prof. Ishak Saat yang mengajar. Setiap kali beliau mengajar, terasa seperti menonton dokumentari pula..memang real.

Betul kata Prof, mata pelajaran sejarah tidak membosankan tetapi yang membosankan adalah cara guru tu mengajar. So, kepada bakal-bakal guru...sila merancang pengajaran anda supaya pembelajaran lebih menarik dan pelajar seronok mengikuti kelas sejarah anda yek. Penting tuu...heee.

* * * * * *
Alright, times up! sabtu kan exam. Masa untuk belajar sudah tiba..hikhik.
Assalammualaikum...

Saturday, March 26, 2011

Now week 11 ---> welcome week 12

Assalammualaikum...

Fuuuhhhh...tak sangka pula esok dah nak masuk minggu ke-12. Aduh!! makin kecut perut pulak. Es~men apa lagi ek yang saya belum siap...emm..alamak! proposal tesis tak siap lagi la. Dah la kena hantar time April Fool. Habes la fool kepala hotak saya...

Sejak minggu lepas, saya cuma tido dalam 3-4 jam je. huh huh. perghhhh!! tak sangka saya boleh jadi burung hantu. Burung hantu pun tak macam tu..over daa. Kata orang melawan fitrah..ye ke??
Ala, biasa la tu kalau student. Masalah tak cukup tido tu kira masalah lapuk pe..

Tapi, ntah la..setiap hari saya rasa risau je..nape ye?? Owhh..rasanya orang len pun rasa gitu gak kot. Ye la, exam kan start hari sabtu minggu ke-14. arggghhh!! menggerunkan betul...macam tak bleh nak terima kenyataan je. Kalaulah si doremon ada time ni, bleh gak saya request ape2 utk kepentingan diri-sendiri.

Andai kata TERJUMPA doremon...
saya        : Doremon, pinjam sat tool hang, cek dalam kesusahan ni.
doremon : hang nak tool pe?? (sambil seluk poket die)
saya        : cek nak semua tool hang (sambil tersengih2 kegembiraan)
doremon : hang nak semua tool aku?? berapa juta hang ada?
saya        : Hahh?? (terpinga2). Tak sangka doremon pun mata duitan!!..HAMPEH.
(moral of da story: Berusahalah secara manual. Kwang...kwang...kwang...)


fiksyen semata-mata!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...