Berikut adalah sifat-sifat umat Nabi Muhammad yang dipetik dari pelbagai Hadis dan atsar untuk renungan kita bersama:
(1) Berkata Wahab bin Munabbih rahimahullah: Apabila Musa a.s. membaca firman Allah, beliau terlihat sifat-sifat kelebihan umat Muhammad, lalu beliau berkata, "Ya Tuhanku! siapakah gerangan umat yang dibelaskasihani, yang kudapati tersebut dalam firman ini?. Allah berfirman, "Itulah umat Muhammad. Mereka redha dengan rezeki yang sedikit yang Aku berikan kepadanya. Maka Aku pun redha dengan amalan yang sedikit dari mereka. Akan Aku masukkan mereka ke dalam syurga dengan hanya mengucapkan Laa Ilaaha Illallah saja.
(2) Berkata Musa a.s.: Aku dapati dalam firman ini terdapat suatu umat yang dibangkitkan pada Hari Kiamat, sedang wajah-wajah mereka bersinar cahaya laksana bulan purnama, jadikanlah mereka itu umatku! Allah berfirman: Mereka itu adalah umat Muhammad. Aku bangkitkan mereka itu pada hari Kiamat dengan wajah-wajah yang bersinar dan bercahaya disebabkan bekas-bekas dari wudhu' dan sujud.
(3) Berkata Musa a.s.: Aku dapati di dalam firman ini suatu umat yang berkain selendang di punggung masing-masing, dan bersenjatakan pedang dibahu masing-masing. Mereka itu orang-orang yang sentiasa bertawakkal dan dadanya penuh keyakinan. Mereka melaung-laungkan nama Allah di setiap rumah Allah untuk berjihad atas nama kebenaran, sehingga akhirnya mereka pun membunuh Dajjal, jadikanlah mereka itu umatku! Allah berfirman: Tidak! Mereka itu umat Muhammad.
(4) Berkata Musa a.s.: Aku dapati di dalam firman-firman ini terdapat suatu umat yang menyembahMu sehari semalam lima kali sembahyang pada lima waktu, sehingga terbukalah pintu-pintu langit untuk mereka, dan turunlah rahmat ke atas mereka. Jadikanlah mereka itu umatku! Allah berfirman: Mereka itu adalah umat Muhammad.
(5) Berkata Musa a.s.: Aku dapati di dalam firman-firman ini terdapat suatu umat yang berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan untukMu, lalu Engkau mengampuni mereka terhadap segala kesalahan mereka yang sebelum itu, jadikanlah mereka itu umatku! Allah berfirman: mereka itu umat Muhammad.
(6) Berkata Musa a.s.: Aku dapati di dalam firman-firman ini, terdapat suatu umat yang mengunjungi Baitulharam (Ka'bah) untukMu. Mereka tiada keperluan lain untuk ditunaikan. Mereka hanya meratap menangisi diri mereka, serta mengangkat suara dengan takbir membesarkan Tuhan, jadikanlah mereka itu umatku! Allah berfirman: Mereka itu umat Muhammad. Musa menambah kata: Apakah ganjaran mereka atas perbuatan itu? Allah menjawab: Aku akan menambah mereka maghfirat (keampunan) dan Aku akan benarkan mereka membari syafaat (jaminan) kepada sesiapa yang datang sesudah mereka.
(7) Berkata Musa a.s.: Aku dapati di dalam firman-firman ini terdapat suatu umat yang memohon keampunan dari dosa-dosanya. Mereka menyuap suatu suapan ke dalam mulutnya, dan belum sempat makanan itu sampai ke perutnya, melainkan dosa-dosa itu telah diampunkan Tuhan. Mereka memuliakan menyuap makanan itu dengan menyebut namaMu serta mengakhirinya dengan mengucap syukur Alhamdulillah, jadikanlah mereka itu umatku. Allah berfirman: mereka itu umat Muhammad.
(8) Berkata Musa a.s.: Aku dapati di dalam firman-firman ini terdapat suatu umat, mereka itulah orang-orang yang terdahulu dibangkitkan menuju ke Mahsyar pada Hari Kiamat dan mereka jugalah orang-orang yang terakhir dari makhluk-makhluk yang lain, ya Tuhanku, jadikanlah mereka itu umatku! Allah berfirman: Mereka itu umat Muhammad.
(9) Berkata Musa a.s.: Aku dapati di dalam firman-firman ini suatu umat yang menyimpan kitab-kitab sucinya di dalam dadanya, mereka membacanya dimana mereka suka, jadikanlah mereka itu umatku! Allah berfirman: Mereka itu umat Muhammad.
(10) Berkata Musa a.s.: Ya Tuhanku! Aku dapati di dalam firman-firman ini suatu umat yang kiranya mereka bercita-cita untuk mengerjakan suatu kebajikan, malah tiada dikerjakannya maka akan tercatitlah baginya suatu kebajikan. Akan tetapi jika diteruskan cita-citanya dengan mengerjakan kebaikan itu, maka akan tercatatlah baginya sepuluh kali ganda sepertinya, sehingga menjadi tujuh ratus kali ganda, jadikanlah merek itu umatku! Allah berfirman: Itulah umat Muhammad.
(11) Berkata Musa a.s.: Ya Tuhanku! Aku dapati di dalam firman-firman ini suatu umat yang kiranya mereka bercita-cita untuk melakukan suatu kejahatan, kemudian tiada dilakukannya, maka tiadalah dicatatkan ke atasnya dosa. Akan tetapi jika diteruskan cita-cita itu dengan melakukan kejahatan, barulah dikira atasnya satu dosa, jadikanlah mereka itu umatku! Allah berfirman: Itulah umat Muhammad.
(12) Berkata Musa a.s.: Ya Tuhanku! aku dapati di dalam firman-firman ini suatu umat, mereka itu sebaik-baik manusia. Mereka menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat, jadikanlah mereka itu umatku! Allah berfirman: Mereka itulah umat Muhammad.
(13) Berkata Musa a.s.: Ya Tuhanku! Aku dapati di dalam firman-firman ini suatu umat yang dibangkitkan pada Hari Kiamat dalam tiga golongan. Segolongan akan memasuki syurga tanpa hisab. Segolongan lagi akan dihisab dengan penghisaban yang ringan sahaja. Dan golongan terakhir diampunkan Tuhan segala dosanya, lalu mereka pun memasuki syurga, jadikanlah mereka itu umatku! Allah berfirman: Mereka itu umat Muhammad.
(14) Berkata Musa a.s.: Ya Tuhanku! Engkau telah anugerahkan segala kebaikan untuk Ahmad (Muhammad) dan umatnya, maka jadikanlah aku dari umatnya! Allah Ta'ala berfirman, sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran yang bermaksud:
(16) Berkata Musa a.s.: Ya Tuhanku! Berilah aku melihat mereka (umat Muhammad)! Allah berfirman: Engkau tidak akan dapat melihat mereka. Tetapi jika engkau mahu mendengar suara mereka, bolehlah Aku dengarkan. Berkata Musa: Baiklah, aku suka. Berfirman Allah Ta'ala: Wahai umat Muhammad! maka sekalian umat Muhammad menyahut dengan suatu suara yang keras: Labbaikallahumma Labbaika! (kami menyahut, duhai Tuhan, kami menyahut), padahal ketika itu mereka sekalian masih berada di dalam tulang-tulang sulbi bapa-bapa mereka (belum dilahirkan lagi).
Maka Allah Ta'ala berkata: RahmatKu dan salam sejahteraKu atas kamu. RahmatKu mendahului kemurkaanKu, dan keampunanKu mendahului penyiksaanKu. Ketahuilah bahawasanya Aku telah mengampuni kamu sekalian sebelum kamu memohon ampun kepadaKu, Aku telah mengabuli kamu sebelum kamu memohon kepadaKu. Lantaran itu, barangsiapa diantara kamu yang menemuiKu sedang dia menyaksikan LAA ILAAHA ILLALLAAH WA-ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH (tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad Rasul Allah) nescaya Aku mengampuni segala dosanya.
Berkata Rasulullah s.a.w.: Allah s.w.t ingin memberi kurniaNya kepadaku dengan memfirmankan ayat berikut: Dan tiadalah engkau (Muhammad) dipenjuru gunung Thur Sina, ketika Kami menyeru. Yakni umatmu sehingga Musa a.s. dapat mendengar percakapan mereka.
Subahannallah...betapa sayangnya Allah pada umat Nabi Muhammad sehingga dikurniakan pelbagai nikmat yang tidak pernah diberikan kepada umat yang lain. Adakah kita bersyukur dengan kurniaan Allah dan melakukan perkara yang diperintahkan?. Masha Allah...kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa besar rasa kesyukuran di atas nikmat yang dibekalkan selaku umat akhir zaman, umat Kekasih Allah. Apakah kita layak dipanggil umat Muhammad seperti yang dipinta oleh Musa a.s.? Adakah kita layak berada di zaman umat Muhammad?
Tanyalah diri, tepuk dada tanya iman, gunakan akal fikiran untuk berfikir..Allahu Akhbar..

"Wahai Musa! Sesungguhnya Aku telah memilih engkau dari antara manusia untuk menyampaikan perutusan-Ku dan percakapan-Ku, maka terimalah apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah engkau menjadi orang-orang yang bersyukur." (Al-A'raf: 144)(15) Musa a.s. berkata: Ya Allah! Adakah di atas muka bumi ini suatu kaum yang lebih mulia disisiMu daripada umatku. Engkau telah melindunginya dengan awan, Engkau telah turunkan dari langit makanan Man dan Salwa untuk mereka. Allah berfirman: Wahai Musa! tidakkah engkau mengetahui, bahawasanya kelebihan umat Muhammad atas sekalian umat yang lain, laksana kelebihanKu atas sekalian makhluk-makhlukku.
(16) Berkata Musa a.s.: Ya Tuhanku! Berilah aku melihat mereka (umat Muhammad)! Allah berfirman: Engkau tidak akan dapat melihat mereka. Tetapi jika engkau mahu mendengar suara mereka, bolehlah Aku dengarkan. Berkata Musa: Baiklah, aku suka. Berfirman Allah Ta'ala: Wahai umat Muhammad! maka sekalian umat Muhammad menyahut dengan suatu suara yang keras: Labbaikallahumma Labbaika! (kami menyahut, duhai Tuhan, kami menyahut), padahal ketika itu mereka sekalian masih berada di dalam tulang-tulang sulbi bapa-bapa mereka (belum dilahirkan lagi).
Maka Allah Ta'ala berkata: RahmatKu dan salam sejahteraKu atas kamu. RahmatKu mendahului kemurkaanKu, dan keampunanKu mendahului penyiksaanKu. Ketahuilah bahawasanya Aku telah mengampuni kamu sekalian sebelum kamu memohon ampun kepadaKu, Aku telah mengabuli kamu sebelum kamu memohon kepadaKu. Lantaran itu, barangsiapa diantara kamu yang menemuiKu sedang dia menyaksikan LAA ILAAHA ILLALLAAH WA-ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH (tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad Rasul Allah) nescaya Aku mengampuni segala dosanya.
Berkata Rasulullah s.a.w.: Allah s.w.t ingin memberi kurniaNya kepadaku dengan memfirmankan ayat berikut: Dan tiadalah engkau (Muhammad) dipenjuru gunung Thur Sina, ketika Kami menyeru. Yakni umatmu sehingga Musa a.s. dapat mendengar percakapan mereka.
Subahannallah...betapa sayangnya Allah pada umat Nabi Muhammad sehingga dikurniakan pelbagai nikmat yang tidak pernah diberikan kepada umat yang lain. Adakah kita bersyukur dengan kurniaan Allah dan melakukan perkara yang diperintahkan?. Masha Allah...kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa besar rasa kesyukuran di atas nikmat yang dibekalkan selaku umat akhir zaman, umat Kekasih Allah. Apakah kita layak dipanggil umat Muhammad seperti yang dipinta oleh Musa a.s.? Adakah kita layak berada di zaman umat Muhammad?
Tanyalah diri, tepuk dada tanya iman, gunakan akal fikiran untuk berfikir..Allahu Akhbar..
No comments:
Post a Comment