Sunday, February 27, 2011

Bahasa Dusun

Atas permintaan beberapa orang rakan yang mahu saya memasukkan kosa kata bahasa Dusun di dalam blog ini, saya dengan senang hati akan merealisasikan permintaan tersebut (Insyaallah). Nampaknya, rakan-rakan semakin berminat dengan bahasa ini..motif??? Hmmm...mana la tau di"posting"kan ke pedalaman sabah. Sekurang-kurangnya ada juga persediaan kan!


Untuk pengetahuan semua, bahasa Dusun juga merupakan cabang kepada bahasa Austronesia iaitu bahasa yang digunakan oleh penduduk di nusantara seperti bahasa Banjar, bahasa Bajau, bahasa Sungei, Bahasa Iban, bahasa Jawa, bahasa Tagalog, bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain. Tetapi uniknya, bahasa Dusun memiliki  puluhan dialek dan loghat yang berbeza. Biasanya, bahasa-bahasa ini boleh dibezakan mengikut kelompok-kelompok penempatan masyarakat etnik Dusun di Sabah. Walau bagaimanapun tidak ada sistem tulisan khas bagi bahasa Dusun.

Berikut adalah kosa kata bahasa Dusun (Dusun Ranau) yang biasa digunakan dalam percakapan harian:

Limpas, talib - Lalu
Mongoi - Pergi
Modop - Tidur
Mimpanau - berjalan
Bangkad, rasuk - Baju
Alai'd - Lama
Honggo - di mana
Walai - Rumah
Bu'uk - Buku
Tambalut - Kawan
Tompinai - Saudara
Woros - Muka
Tulu - Kepala
Tekebuk - Rambut
Tetuong - Malam
Kairak - Ketawa

Bah, setakat ini la dulu. Insyaallah, dari semasa ke semasa saya akan tambah lagi kosa kata bahasa Dusun.
* Kepada rakan-rakan Sabahan yang "terer" berbahasa Dusun, sudi-sudilah menambah kosa kata bahasa Dusun ni kio. Ponsikou tegumu..

2 comments:

PjuQ said...

emm boleka kita bkongsi pndpt ttg suku bangsa/etnik dusun dan hubungannya dengan rumpun bahasa melayu?

Niesa said...

tambah la lagi suku kata dusun. ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...