Friday, March 4, 2011

~ Sahabat ~

Maafkanlah...
andai aku pernah,
menyakitkan hati kamu,
menjatuhkan air muka kamu,
memandang rendah akan kebolehan kamu,
serta, membiarkan kamu berada dalam kesulitan...

Sahabatku,
aku tidak kesah..
berada di tempat kamu,
merasai semua kesulitan yang kamu hadapi,
malah aku tidak kesah jika kamu tidak melihat aku walaupun aku dihadapan kamu,

Aku,
suka kamu gembira,
suka melihat kamu tersenyum,
suka melihat kamu bergelak tawa,
walaupun tidak menghiraukan aku di sini.

Sahabatku,
aku tidak apa-apa,
aku senang mendengar gurau senda kamu,
senang melihat kamu berada dalam keceriaan.
jangan bimbang, aku tidak akan mengganggu kamu.

Aku,
tidak pernah membenci,
dan tidak pernah menyimpan hasad.
yang ada hanya, harapan dan doa yang ikhlas,
mengharapkan kamu sentiasa berada dalam kesejahteraan.

Ketahuilah sahabatku,
kerana kamu, aku mengenali diriku,
kerana kamu, aku memahami erti hidup,
dengan itu, kamu amat bermakna dalam hidupku,
kerana, membantu aku menjadi lebih kuat dan tabah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...