Umur pertama:
Dari sejak Allah Ta'ala menciptakan Adam a.s dan dibekalkan zuriat pada tulang punggungnya. Diantaranya ialah zuriat yang bahagia dan juga zuriat yang celaka. Zuriat tersebut berpindah terus menerus dari tulang sulbi lelaki ke dalam rahim wanita, dan dari rahim wanita ke tulang sulbi lelaki, sehinggalah lahir tiap2 orang dari antara ayah dan ibunya (mempunyai iras ayah atau ibu).
Umur kedua:
Bermula sejak lahirnya manusia dari kedua ibu-bapanya ke dunia sehinggalah meninggal dunia dan keluarnya ia dari alam dunia ini.
Umur ketiga:
Dari sejak keluarnya manusia dari alam dunia ini dengan kematian sehinggalah ia dibangkitkan Allah selepas "Shur" (sangkakala) ditiup, iaitu semasa manusia menunggu di alam Barzakh.
Umur keempat:
Bermula apabila keluarnya manusia dari kubur, ataupun bermula dari masa perintah Allah untuk ditiupkan Shur pada hari kebangkitan, sehinggalah tiba hari dimana manusia sekalian dikumpulkan di hadapan pengadilan Allah Ta'ala untuk ditimbang semua amalannya serta dihisab. Sesudah itu, meniti shirath, menerima kitab masing2 dan sebagainya (berita hal ehwal Hari Kiamat, keadaannya, kesudahannya serta kesulitan yang bermacam2 lagi).
Umur kelima:
Bermula sejak kemasukan manusia ke dalam syurga dan kekal di dalamnya. Itulah umur yang tiada penghujungnya. Ataupun dari sejak kemasukan ahli-ahli neraka ke dalam neraka, sedang keadaan mereka antara satu sama lain adalah tidak sama. Ahli2 neraka berbeza-beza jenisnya, ada yang bernasib baik kerana dapat keluar dari neraka. Orang2 ini adalah orang yang berdosa dari golongan ahli tauhid, samada dengan mendapat syafaat mahupun tidak dengan syafaat. Tetapi tidak ada batas atau akhir bagi orang2 kafir. Mereka akan kekal di dalam neraka buat selama-lamanya.
Adakah kita sudah bersedia menghadapi peringkat2 umur manusia? hidup dan mati sememangnya diatur oleh pencipta kita. Kita hanya mampu mengatur hidup sendiri selagi roh dikandung badan dengan melakukan perintah Allah sebagai kuota dalam memilih penempatan diperingkat umur yang terakhir (peringkat 5) iaitu samada ke syurga ataupun neraka. Itu pun berlandaskan amalan yang telah dilakukan di dunia..Mashaallah..
No comments:
Post a Comment