Monday, December 6, 2010

Khabar kematian

Beberapa hari lalu, ketiadaan bas ke pekan Tg.Malim memaksa saya mendail nombor hp seorang pakcik yang biasa menjadi 'prebet'. Kebiasaannya, no hp akan diberi oleh pemandu kepada sesiapa sahaja yang  menaiki kereta prebet. Tut...tut..tut, lama telefon pakcik tidak dijawab..saya sabar saja menunggu. Akhirnya, panggilan dijawab..helo, ni siapa? sahut suara seorang lelaki. Tanpa berlengah, saya meminta pakcik tersebut mengambil saya di bus stop kampus UPSI selepas memperkenalkan diri. Lelaki tersebut menjawab,"maaf dik, pakcik yang bawa kereta sewa tu dah meninggal dunia, tolong bagi tau rakan2 lain tentang berita ni ye.." selesai saja lelaki tu menghabiskan kata2 yang terakhir, saya terpaku seketika..bagaikan ada suatu perasaan seram yang meresap dalam segenap tubuh. Mashaallah...

Bila bercakap tentang kematian, perasaan gerun, takut, seram dan lain2 perasaan cepat saja meresap dalam tubuh..tidak dapat dibayangkan betapa takutnya saya pada waktu itu. Ya, ajal ada dimana-mana dan kita tidak dapat bersembunyi daripada sakaratulmaut. Sakitnya sakaratulmaut tidak terkira..sedangkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri ada menyebut bahawa betapa sakitnya saat roh baginda ditarik ketika nazak. Baginda sememangnya layak diwafatkan dalam keadaan tenteram tanpa kesakitan tetapi baginda tetap mahu merasai keperitan yang ditanggung umatnya ketika roh dipisahkan daripada jasad.

Sedangkan makhluk yang termulia mengatakan sakit yang tidak terperi ketika roh dan jasadnya dipisahkan apatah lagi kita sebagai makhluk yang serba kekurangan..Innalillah..Kesakitan sakaratulmaut sebenarnya dapat dikurangkan dengan amalan-amalan ibadah yang kita lakukan ketika masih hidup. Kita sering mendengar cerita-cerita tentang alim ulama yang meninggal dunia dengan mudah dan dalam keadaan tenteram. Tidak mustahil, kita juga boleh tergolong dalam golongan tersebut tetapi dengan syarat..sentiasa menurut perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya..Insyaallah, semoga kita tergolong dalam golongan orang2 yang beriman.

Jarang sekali manusia bermuhasabah diri..
Apa kata kita luangkan masa dalam beberapa minit dan berfikir sebentar sambil menghitung jumlah amalan yang telah kita lakukan samada amalan tersebut layak untuk memasuki syurga ataupun sebaliknya. Mungkin dengan cara ini, kita boleh mencari ketenangan dan dapat menentukan hala tuju kehidupan kita di dunia dan akhirat. Ingat!! jika kita memilih dunia, pasti dunia akan berada digenggaman kita tetapi, jika kita memilih akhirat, sudah tentu dunia dan akhirat kita perolehi..insyaallah...semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua..wassallam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...