Sunday, January 30, 2011

Terasa berada di luar negara


Ketika bertolak dari Bota ke Ipoh dengan menaiki 'bas henti-henti', satu situasi yang amat menjanggalkan telah berlaku..terasa seperti berada di luar negara sahaja hendaknya. Adakalanya terasa diri ini seperti warga asing yang mendiami bumi Malaysia. Betapa cemasnya saya ketika itu apabila di kelilingi manusia yang berbahasa urdhu, Vietnam, dll. Setiap kali bas berhenti untuk mengambil penumpang di pinggir jalan, mata tidak berkelip dan hati sentiasa gundah menanti bakal penumpang yang menapak naik ke perut bas tersebut. Sah..orang asing sudah mendominasi pengangkutan awam. Lepas ini apa pulak yang mereka "conquer".

Saya amat risau jika pendatang asing yang dibawa masuk berbondong-bondong ke tanah air kita tanpa kawalan, mereka akan meragut segala hak dan keselesaan warga tempatan. Kerisauan ini amat berasas kerana telah banyak bukti yang menunjukkan pendatang asing adalah golongan yang banyak melakukan jenayah di negara kita Malaysia. Walaupun peranan mereka banyak membantu dalam sektor pembinaan khususnya dan pembangunan negara amnya namun dalam masa yang sama mereka juga tengah merobek segala hak yang kita miliki.


Pendatang asing membawa sekali budaya yang memberikan kesan yang negatif kepada masyarakat tempatan, tidak mustahil dari segi yang lain juga pasti mendapat impak yang sama. Ekonomi juga turut terjejas dengan keluarnya mata wang Malaysia yang banyak ke negara pendatang berupa nafkah yang dihulurkan kepada keluarga di seberang sana. Adakah kita mahu pendatang ini lebih maju daripada penduduk asal negara ini?? kita harus sedar bahawa pendatang ialah survivor...apabila bercakap tentang 'survive' tentulah ia melibatkan kelangsungan hidup. Semua pendatang di seluruh dunia adalah survivor dan mereka adalah kelompok yang lebih  maju daripada penduduk asal negara yang mereka duduki. Itulah sifat survivor.

Di Malaysia, masyarakat kita selalu mencontohi orang-orang Cina yang dikatakan lebih maju dan ADVANCE berbanding bangsa-bangsa yang lain. Pendapat itu salah sebenarnya. Orang-orang Cina merasakan mereka adalah pendatang yang menumpang di negara ini jadi mereka perlu berusaha sedaya upaya untuk mencari kekayaan agar tidak perlu risau jika berlaku perkara-perkara yang menggugat kehidupan mereka. Sikap suka bekerja keras sememangnya telah sebati dengan cara hidup mereka. Kerana itulah mereka lebih maju berbanding orang melayu yang bangga dengan tempat asal mereka tanpa berbuat apa-apa.

Begitu juga yang berlaku kepada orang Melayu di Eropah...mereka setanding malah lebih maju daripada orang Eropah. Jadi, tidakkah anda risau dengan kehadiran warga asing yang semakin meruncing?? atau anda lebih suka dengan kehadiran  mereka kerana anda akan berpeluang berada di 'oversea'??

Ingat!! orang luar akan sentiasa mengintai peluang untuk merebut hak-hak dan keselesaan yang kita miliki..jika kita biarkan situasi ini berlaku, pasti kita akan kerugian dan akan menjadi orang asing di negara sendiri...Oleh itu, pihak yang berwajib perlu mengambil tindakan yang wajar bagi membendung permasalahan yang dihadapi oleh orang awam..Saya berharap agar para sahabat sedar akan situasi ini. Jika bukan kita, siapa lagi yang dapat mempertahankan hak rakyat pribumi?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...