Untuk mentafsir dokumen sejarah bukanlah satu kerja yang mudah. Ia memerlukan usaha yang gigih dan tahap kesabaran yang optimum, nah..barulah dapat menghasilkan kerja yang "excellent" (bravo!!). Banyak persoalan yang "bermain-main" di kotak fikiran saya. Antaranya, siapakah orang yang bertanggungjawab menghasilkan dokumen ini? dan siapakah yang terlibat dalam mengeluarkan dokumen ini?.
Sah...memang tidak mudah. Saya terpaksa (dengan hati yang rela) pergi ke lubang cacing untuk menyiasat dan menyelongkar fakta ini (harap2 cacing x marah). Kalau tidak berhasil, tidak mengapa..lubang gonggok masih ada. Tapi, kesabaran yang optimum perlu digandakan lagi kerana...al-maklumlah, gonggok perlu mengambil masa yang lama untuk memakai kasut (apa kaitannya??).
Tips dapatan maklumat
* Maklumat yang diperolehi mestilah daripada sumber yang sahih dan boleh dipercayai (ada penulis).
* Maklumat daripada blog dan wikipedia tidak boleh diterima pakai melainkan disertakan bersama sumber datangnya maklumat itu.
Mentafsir dokumen sejarah sememangnya suatu yang amat menyeronokkan. Kita perlu melihat situasi dan hidup dalam konteks masa itu, barulah kita berpeluang merasai suasana pelik yang menggembirakan (kembali ke zaman 60-an).
Retro bebe!!
No comments:
Post a Comment