Saturday, February 26, 2011

SANDIwara??

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, sandiwara bermaksud;
1. Pertunjukan cerita yg dilakonkan oleh orang, pementasan cerita, setambul, tonil.
2. Sesuatu kejadian yg tidak sungguh-sungguh (utk mengabui mata sahaja dll).

Manakala...

Menurut kamus "ada-ada aja" edisi belum diterbitkan (rekaan semata2), perkataan SANDIwara diambil daripada kata akar "SANDI" yang bermaksud kasihan, sedih, dan maksud lain yang sewaktu dengannya. Maka, SANDIwara bolehlah didefinisikan sebagai lakonan real yang dilakonkan oleh seseorang di alam realiti ini. Biasanya, individu ini tidak berfikiran panjang, mengikut hawa nafsu, dan yang paling SANDI, individu ini bertindak mengikut perasaan, perasaan dan perasaan.


Tahukah anda bahawa sandiwara adalah perkara biasa dan SANDIwara pula adalah perkara luar biasa?? Jika kita membaca akhbar dan menonton berita, agak-agaknya mana satu yang lebih mendapat sambutan, sandiwara @ SANDIwara?


Adakalanya masyarakat kita agak SANDI, ini buktinya......zaaasssss...

Terdapat banyak lagi peristiwa yang agak SANDI berlaku di negara kita. Fenomena ini dilihat seperti trend masyarakat pada abad ini. Bagi kes bunuh diri, terjun bangunan adalah trend meleTOP yang amat manTOP!! semua penSANDIwara berjaya menamatkan riwayat masing-masing...amat SANDI tetapi TOP kerana berjaya masuk berita.
Wahai penSANDIwara, sudah tidak adakah penyelesaian kepada masalah yang anda hadapi sehingga tergamak me"najis"kan nama anda dan keluarga dan lebih parah lagi apabila memaksa nyawa berpisah dari jasad?? Kalau jawapannya tidak, sah!! anda sememangnya SANDI.
 
Sesungguhnya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Kepada umat Islam, kita perlu percaya kepada qada dan qadar dan dengan kembali kepada Allah, jiwa manusia akan menjadi tenang. Nyawa serta fizikal adalah milik Allah dan Dialah yang menghidup atau mematikan seseorang, bukannya orang itu sendiri yang menentukan hidup dan matinya. Hukum bunuh diri adalah haram dan berdosa besar. Nyawa serta anggota fizikal bukan kita punya sebaliknya ia milik Allah. Kita datang daripada Allah dan kembali jua kepada-Nya. Jika menghadapi sesuatu masalah, kita perlu berani menghadapinya serta sabar. 

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 2: “Janganlah kamu menjatuhkan diri kamu dalam kebinasaan.” Selain itu, dalam surah Al-Nisa, ayat 4, bermaksud: “Janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah Sangat Penyayang kepada kamu.” Rasulullah s.a.w dalam satu hadis bersabda: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia ini, maka dia akan diazabkan dengannya pada hari kiamat nanti.” (Riwayat Muslim).


* SANDI adalah perkataan yang biasa digunakan oleh masyarakat di Borneo Utara (guess!!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...