Friday, February 25, 2011
C.I.K.G.U
Celik Insan Kerana Guru Unggul...
Betapa unggulnya panggilan seorang CIKGU. Pasti ramai manusia di luar sana yang tidak pernah tahu makna seorang C.I.K.G.U walhal selama ini mereka berhadapan dengan orang yang sentiasa mencurahkan ilmu tanpa mengungkit-ungkit ilmu yang diberikan.
CIKGU juga dipanggil guru...
Namun, kita juga sering mendapati ada pendidik (rasmi @ ciplak) yang berperanan sebagai seorang guru. Mungkin tidak ada bezanya dari segi profesyen tetapi jika diambil kira dari segi maksud mungkin boleh diumpamakan seperti langit dan bumi. Terlalu banyak kemungkinannya...CIKGU adalah guru tetapi guru tidak semestinya CIKGU. Cikgu sentiasa berjaya membentuk anak-anak muridnya sehingga menjadi ORANG. Guru?? berjaya memperolehi kerja yang tetap dan pendapatan lumayan. "Makan gaji", itulah saja matlamat seorang guru...
MAAF, saya tidak berniat untuk memburukkan gelaran "guru".
Saya pasti semua guru yang ada di Malaysia adalah CIKGU. CIKGU yang sentiasa membentuk anak didik menjadi ORANG. Jika ada persoalan, "kenapa ada orang yang tidak menjadi ORANG??" jawapannya, "Owh, itu mission failed namanya. Maklumlah belajar dari guru (refer to the video)".
Wahai "guru-guru", sudah-sudahlah menjadi "guru". Berhijrahlah kepada CIKGU. Jangan risau, anda akan mendapat nikmat yang lebih besar daripada sebelumnya.
Kepada bakal pendidik, tetapkan dalam diri, anda akan menjadi CIKGU, bukan "guru".
Wassalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum didi.
bagus2..walaupun sy xtau maksud sebenar perkataan cikgu dan guru dari segi bahasa tetapi berdasarkan kepada cerita di atas, saya dpt faham makna cikgu dan guru tu dari segi istilah..dan saya faham perbezaan antara kedua-duanya..
realiti persekitaran kita sekarang agak mendesak sesetengah orang utk menjadi guru. Salah satu daripada faktornya ialah,peluang pekerjaan semakin tipis. Minda masyarakat kita telah diset bahawa para pelajar yang berada di dalam pendidikan akan konfom dapat kerja sebagai guru..oleh itu semua orang berlumba-lumba untuk menjadi guru, w'pun terdapat segelintir daripada kita ni xda bakat atau malas mendidik dan mengajar anak bangsa.hasilnya, wujudlah kelompok cikgu dan guru di sekolah..
mgkin ada baiknya setiap guru menjadi cikgu dan murabbi..dengan itu, akan mampu membangun insan sempurna, bukan setakat membangun dari sudut
material sahaja bahkan membangun dari sudut rohani..
Wallahualam..
Wa'alaikumsalam..
Bernas sekali. Saya setuju pendapat tu..minda masyarakat kita sebenarnya sentiasa terkongkong dengan realiti semasa. Tidak salah memilih profesyen tertentu sebagai batu loncatan untuk jaminan hidup tapi agak melampau jika kepentingan peribadi melebihi segala-galanya.
Persepsi lapuk yang mengatakan "peranan CIKGU amat senang" memang tidak berasas tapi amat berasas kalau kita katakan, "senang giler jadi guru", itu barulah betul. Amat merugikan jika pendidik gagal menghasilkan insan yang berkualiti..
p/s: Para pendidik seharusnya meng"Install"kan minda untuk matlamat yang lebih murni dan bertamadun.
Post a Comment