Sunday, March 27, 2011

1 buah buku RM 5

Assalammualaikum..

Secara kebetulan,
Selepas keluar daripada surau, tanpa merancang, kaki terus melangkah ke deretan gerai-gerai yang berhampiran. Niat hati cuma mahu meninjau-ninjau. "Mana tahu boleh mengutip sesuatu yang berfaedah.." diri bermonolog. Sebelum menuju ke gerai pakaian, singgah sekejap di kedai "junk food", beli keropok leper seringgit. 

Selesai membeli, tanpa membuang masa kaki terus kuhayun melangkah ke gerai pakaian..hemmm..syukurlah, tidak ada yang menarik, selamat duit!. 5 minit berlalu, hati tergerak pula pergi ke gerai sebelah..wahh!! gerai buku..Kegembiraan menerpa dan mata tidak semana-mana menjadi rambang..sedang asyik membelek buku, jurujual pun berkata, "belilah kak, 5 ringgit je". Oleh kerana bimbang tersalah dengar, saya bertanya lagi, "RM 5 untuk 1 buah buku??", "yee..." kata jurujual. Tanpa berfikir panjang saya terus memilih 5 buah buku dengan harga RM 25. Alhamdulillah...Terasa amat bertuah apabila berpeluang memperoleh sesuatu yang berharga secara kebetulan.

RM 25 untuk 5 buah buku??


~ amat berbaloi ~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...