Sunday, March 27, 2011

Mengertilah anakku


Si anak menatap tajam orang tuanya ketika marah. Si anak merasa sombong, hingga dia malu kalau ayahnya dikenali, lebih-lebih lagi si anak mempunyai status sosial yang tinggi. Si anak tidak mahu mencium tangan kedua ibu bapanya, atau tidak mahu berdiri untuk menghormati dan memuliakan mereka. Si anak memprotes kepada ibu bapanya, mengeraskan suara dihadapan mereka, menyakiti mereka dengan ucapan yang pedas, merendahkan mereka, dan mencela peribadi mereka. Si anak juga tidak mahu memberi nafkah kepada kedua ibu bapanya yang fakir.


Mengertilah anakku...
Aku membawamu lahir dan menjagamu hingga remaja. Engkau diberi kasih sayang dan diberi makan minum. Jika pada waktu malam engkau sakit, aku melalui malam tanpa tidur, gelisah kerana sakitmu. Seakan-akan aku juga merasakan apa yang menimpamu dan...air mataku mengalir, jiwaku takut kalau engkau binasa, kerana engkau tahu, kematian adalah sesuatu yang sudah tentu dan telah ditentukan.
Ketika engkau sudah besar dan mendapat harapanmu yang juga menjadi harapanku, engkau membalasku dengan sikap keras dan kasar seolah-olah engkaulah yang memberi nikmat dan berjasa. Aku harap jika engkau tidak boleh memelihara hak ibu bapamu, buatlah kami layaknya seperti seorang tetangga. Maka, berikanlah padaku hak tetangga dan janganlah bakhil dengan selain wangmu padaku.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...