Friday, January 13, 2012

Perpisahan dan persahabatan

Bertemu dan berpisah itu adat kehidupan sejak azali

Teringat pula nasyid ni...Jom layan ~


Bila dah semester lapan, semakin terasa pula situasi ni. Perpisahan tidak dapat dielakkan, maklumlah dah habis pengajian. Sedih sangat ditinggalkan dan nak meninggalkan mereka-mereka yang pernah kita kenali. Walaupun lepas ni jarang bertemu ataupun mungkin tidak akan bertemu lagi, harap-harap perhubungan masih wujud di antara kita. Jauh atau dekat bukan penghalang atau menjadi masalah untung berhubung...tak gitu??

Camna pun, kenangan tetap kenangan dan semuanya akan menjadi memori pada masa akan datang. Semoga persahabatan yang terjalin ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat...Insyaallah.

Kepada sahabat semua, tak kiralah rakan-rakan AT58 (Ppmas UPSI), junior, housemate, roomate dan lain-lain lagi, terima kasih atas persahabatan yang terjalin. Tidak ada apa yang saya harapkan melainkan ukhwah yang sentiasa subur disirami manik-manik ingatan serta titipan doa yang tulus ikhlas dari kalian. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan kesihatan yang baik kepada kalian semua.

Seorang Ustaz pernah berkata, sahabat yang baik adalah sahabat yang apabila kita memandang wajahnya, akan terbit cinta kita kepada Allah, terdorong untuk melakukan ibadah serta melakukan perkara-perkara yang baik. Malah takut untuk melakukan kejahatan, kezaliman dan terjebak dengan kekufuran. Masyaallah, bestnya dapat kawan macam tu kan??

Mudah-mudahan kita menjadi sahabat yang baik kepada sahabat kita. Insyaallah, pasti hidup akan sentiasa gembira dan ceria. 

Nak berpisah pun taklah sedih sangat...kan..kan...

Wednesday, January 11, 2012

Peperiksaan terakhir di bumi UPSI

Assalammualaikum...

Alhamdulillah...hari ini bersamaan 11 Januari 2012, berakhirlah sudah exam yang terakhir untuk sem lapan dan juga untuk yang terakhir kalinya selama lapan sem berada di UPSI.

killer subject : Isu-isu Serantau dan Antarabangsa by D.M.S
Detik terakhir sebelum jam menunjukkan jam empat, senyuman terus terukir lebar namun di sebalik senyuman itu wujud sebuah kesayuan yang agak sukar untuk aku luahkan. Hanya hati saja yang memahami segala-galanya. Sepanjang berada di "Perkampungan" ini, banyak yang telah aku pelajari termasuklah pengalaman, persahabatan, kerinduan, pengorbanan, kekecewaan, dan banyak lagi.

Sedar tak sedar, tamat sudah pengajianku di bumi UPSI. Dulu, saat inilah yang ditunggu-tunggu tapi bila dah sampai waktunya, macam tak percaya pula...

Eehhh!! mimpi ke nih??!


Wednesday, August 24, 2011

Kuntuman bunga di laman sekolah


Hasrat di hati ingin melihat karya Sang Pencipta di laman buatan insani. Tiba-tiba, ehh..cantiknya!! hati memuji kuntuman bunga yang segak bergaya, berlenggang-lenggok...macam tau-tau je kite nak puji...








Wednesday, July 27, 2011

Bulan Ramadhan

Assalammualaikum...

Alhamdulillah...tidak lama lagi, bulan Ramadan akan menjelma lagi. Tidak sabar rasanya hendak menyambut bulan yang penuh barakah ini. Ramadan tahun lepas memang "best" tapi harap-harap Ramadan tahun ini lebih bermakna berbanding tahun lepas. Apa pun, semoga bulan ramadan kali ini dapat dipenuhi dengan amalan-amalan yang boleh menambahkan keimanan kepada Allah.
Kepada kaum muslimin dan muslimat di luar sana, saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak". Rebutlah peluang keemasan ini untuk menambahkan kuantiti pahala masing-masing dan melipatgandakan amalan sebagai tiket untuk ke syurga yang kekal abadi. Semoga, kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sabar. Insyaallah...

Saturday, May 14, 2011

Rindu kat awak...RUB!

Dah berminggu-minggu blog ni tidak ter'update'. Sekarang payah skit nak online, mujurlah hati terbuka untuk beli broadband. Lepas ni bolehlah online selalu.

Mmm..sekejapnye masa berlalu. Praktikal sudah bermula sejak seminggu lalu. Tinggal 13 minggu je lagi nak berpraktikal. Setiap hari kena p sekolah, balik jam 1.05pm..pastu kena masuk kelas, berhadapan dengan guru2 senior dan kena layan karenah bos (UNIV). Terkadang fikiran ter'stuck'..mampuih!

Len dari tu, setiap hari kena bersedia dengan pelbagai kemungkinan..silap haribulan kena buat keja-keja add hok (hentam p la). Terima je la kalau kena batang hidung. Tapi okey pe dapat kerja2 add hok, tu la yang mahal sebenarnya. nak amik mana pengalaman kalau bukan daripada keja2 lagu tu. Haa...kuar dah bahasa utara yang tak berapa nak utara nih. Cek baru nak belajaq. Salah pa cek tak kesah..
Hangpa jangan marah na kalau cek salah sebut ka, salah eja ka, salah apa2 ja la na.. cek pun baru nak belajaq cakap bahasa utara.

Setakat ni la dulu...cek riiindu kat hang RUB (Ruang Untukku Berbicara).

Friday, April 22, 2011

Kegilaan para wanita


Siapa nih??
Bila keboringan melanda, inilah hasilnya. Mujurlah mood tetap ada. Lukisan ni tidaklah seberapa, cukuplah sekadar mengisi masa lapang dan juga sebagai penawar kebosanan tahap dewa. Dah lama dah lukisan ni. Mmm..tak silap RUB, lukisan ni siap semester lepas.

Kenal tak siapa dalam lukisan tu? kalau tak kenal takpe, mungkin lukisan tu kot yang tak okeh. Anyway, sharing is caring..so, RUB just nak berkongsi dengan korang..manalah tau, ade orang yang sudi nak berkongsi tips memperbaiki lukisan dan teknik melukis. Nanti bolehlah RUB perbaiki lukisan pada masa akan datang.

Sinopsis lukisan (perghh..). 
Orang ini menjadi kegilaan para wanita di seluruh dunia. Hemm...memanglah, dah lelaki!!. Auranya begitu menyerlah sehingga semua golongan masyarakat tak kira orang tua, remaja, golongan kaya, miskin, malah golongan kanak-kanak pun turut mengalami fenomena luar biasa Maherzeinisme...Fuhhh..

Lepas ni, kalau boring lagi, nanti RUB lukis gambar isteri dan anak Maher Zain pula...(kalau ada mood la)
Okey...adios!

Thursday, April 21, 2011

Hari lahir alarm kematian.

Hari ini 21 April 2011. Maka, genaplah sudah umurku 24 tahun. Pejam celik, pejam celik dan pejam celik lagi, baru aku tersedar waktu begitu cepat berlalu. 
Lalainya aku...


SELAMAT HARI LAHIR
HAPPY BIRTHDAY
FELIZ CUMPLEANOS
SANAH HELWA
MALIGAYANG KAARAWAN

Inilah antara alarm yang sentiasa berdering tetapi tidak pernah dipedulikan...

Setiap kelahiran pasti disusuli kematian...Itulah sebabnya setiap kali tibanya tarikh kelahiran, hati menjadi gundah dan tidak keruan kerana membayangkan umur yang semakin menghampiri penghujungnya. Terima kasih pada kalian semua kerana mengingatkan aku pada kematian.

Aku menjadi bimbang...bimbang kesuntukan waktu mengumpul "bekalan" untuk kehidupan di alam seterusnya. Waktu itu, tiada siapa yang mampu membantu. Hanya aku...aku yang menentukan kesudahan nasibku di "sana". Bertindaklah sebelum terlambat...

Waktu tidak diciptakan untuk berundur ke belakang. Begitu juga hayat. Kedua-duanya sentiasa bergerak ke hadapan, menuju suatu garisan penamat yang dinamakan maut. Itulah suratan takdir yang tidak mampu diubah oleh sesiapa pun kecuali kehendak Robbul Izzati. Maka, untuk memperoleh kesudahan yang baik, manfaatkanlah nikmat kelahiran. Terima kasih kepada mereka yang mengucapkan "Selamat Hari Lahir". Itu juga adalah motivasi untuk memuhasabahkan diri.

* Peringatan pada diri..."bekalan" dah cukup?


** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

Ingatlah Penghancur Segala Kenikmatan!!


Nabi s.a.w menganjurkan agar banyak mengingati kematian. Beliau bersabda, yang ertinya: “Perbanyaklah mengingati penghancur kenikmatan (maut)” (HR: At-Tirmidzi, hasan menurutnya). Imam Al-Qurthubi rahimahullah berkata, “Para ulama mengatakan, ucapan beliau, “Perbanyaklah mengingati penghancur kenikmatan”, merupakan ucapan ringkas tetapi padat, menghimpun makna peringatan dan amat mendalam pengertiannya. Orang yang benar-benar mengingati kematian pasti akan mengurangi kenikmatan yang dirasakannya ketika itu. Firman Allah s.w.t dalam surah Ali ‘Imran ayat 185, ertinya, “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati”.

Siapa Orang Yang Paling Cerdik?

Ibnu Umar r.a pernah berkata, “Aku pernah menghadap Rasulullah s.a.w sebagai orang ke sepuluh yang datang, lalu salah seorang dari kaum Ansar berdiri seraya berkata, “Wahai Nabi Allah, siapakah manusia yang paling cerdik dan paling tegas?” Beliau menjawab, “(adalah) Mereka yang paling banyak mengingat kematian dan bersedia menghadapinya. Mereka itulah manusia-manusia cerdas; mereka pergi (mati) dengan harga diri dunia dan kemuliaan akhirat.” (HR: Ath-Thabrani, dishahihkan al-Mundziri).

Faedah Mengingat Kematian
·         Mendorong diri untuk bersiap menghadapi kematian sebelum kedatangannya.
·         Memendekkan angan-angan untuk tinggal lama di dunia yang fana ini, kerana panjangnya angan-angan adalah punca paling besar lahirnya kelalaian.
·         Menjauhkan diri dari cinta dunia dan rela dengan yang sedikit.
·         Berkeinginan pada akhirat dan mengajak untuk berbuat taat.
·         Meringankan seorang hamba dalam menghadapi cobaan dunia.
·         Mencegah kerakusan dan ketamakan terhadap kenikmatan duniawi.
·         Mendorong untuk bertaubat dan menyesali kesalahan masa lalu.
·         Melembutkan hati, membuat mata menangis, sebagai motivasi untuk mempelajari agama dan mengusir keinginan hawa nafsu.
·         Mengajak bersikap rendah diri (tawadhu’), tidak sombong, dan tidak berlaku zalim.
·         Mendorong sikap toleransi, memaafkan teman dan menerima alasan orang lain.

Sumber Rujukan: My Qalbu


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...