Wednesday, July 4, 2012

Aurat adalah kecacatan


Assalammualaikum...


Orang selalu kata rambut adalah mahkota bagi orang perempuan. Rasanya saya tak setuju. Bagi saya, tudung itulah mahkota malah lebih daripada segala-galanya. Tudung itulah juga yang memelihara maruah dan harga diri bagi perempuan secara tak sedar. Tapi kalau tudung ada, lengan baju takde ataupun berseluar fit, masalah juga. Tudung hanya akan menjadi mahkota setelah semua bahagian tubuh kecuali muka dan tapak tangan dilitupi pakaian yang labuh, tidak jarang dan tidak sendat.



Tudung labuh acener?

Kenapa hendak bertudung labuh? Pakai tudung apa saja pun tidak kesah sebenarnya tapi tudung labuh menjadi pilihan mungkin kerana mudah didapati, lebih murah dan cara pemakaiannya sangat mudah. Tak sampai 1 minit dah terbentuk cun kat kepala. Haa…itu lah sebabnya tudung labuh menjadi pilihan. Nak diringkaskan, tudung labuh memenuhi spesifikasi kesederhanaan. Nabi Muhammad selalu mengajak umatnya supaya mengamalkan kesederhanaan. Jadi sebagai umat-Nya, kenapa tak bersederhana dalam soal penampilan?

Yang menjadi persoalannya, orang ramai selalu mensinonimkan tudung labuh dengan kealiman. Padahal, sesiapa pun layak memakai tudung labuh. Kalau nak berbicara tentang kealiman, perkataan itu hanya layak diberi kepada mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi tidak kira dalam hal-hal keakhiratan ataupun hal-hal keduniaan. Orang yang memakai tudung labuh sebenarnya tak layak pun diberi gelaran ‘alim’. Bagi saya, pemakaian tudung labuh cuma suatu tindakan menutup aurat seperti mana yang telah disyariatkan agama Islam. Seperti yang selalu saya katakan, aurat itu kecacatan. Jadi, dengan memakai tudung labuh, aurat atau kecacatan kita akan lebih terpelihara daripada keaiban. Dalam surah An-Nur ada mengatakan bahawa perempuan hendaklah memakai tudung hingga menutupi bahagian dada. Mungkin sebab itulah tudung labuh dinamakan tudung labuh kerana kelabuhan tudung itu yang mampu menutup 1/3 daripada bahagian tubuh badan orang perempuan.

Orang yang memakai tudung labuh sememangnya mempunyai kekuatan yang luar biasa kerana mampu melawan nafsu dan pujukan syaitan. Hmm...boleh tak saya katakan orang yang bertudung labuh itu terdiri daripada golongan orang-orang yang pemalu? bagi saya, iya. kenapa? sebab mereka malu nak tunjukkan aurat @ kecacatan. Sifat malu itu sangat penting bagi setiap orang tak kira lelaki atau perempuan kerana sifat malu itu akan mengehadkan sempadan tingkah laku dalam apa juga tindakan. Jika sifat ini sudah lenyap dalam diri seseorang pasti banyak perkara mungkar akan berlaku. Mengenai akhlak pula, jika orang yang memakai tudung labuh dilihat cantik dan sejuk mata memandang tapi kalau akhlaknya buruk, yang cantik itu tetap akan dilihat buruk malah dua kali lebih teruk. Begitulah sebaliknya...Jadi, penampilan dan akhlak hendaklah seiring dan sejalan...

Jadi, apalah salah kalau kita pakai tudung ataupun upgrade skit pakai tudung labuh. Banyak hikmahnya. Kata orang 3 in 1. Selain dapat menegakkan syariah Islamiah, kita juga dapat menjaga mahkota dan kehormatan diri, selain itu insyaallah dapat melawan nafsu dan menepis hasutan syaitan. Insyaallah, dengan menjalani kehidupan yang serba sederhana, keimanan kita akan lebih teguh dan dapat menjadi insan yang berakhlak sepertimana yang dianjurkan Islam.

Yang baik itu datang dari Allah, maka ambillah sebagai panduan dan yang salah dan buruk itu datangnya dari diri saya sendiri sebagai hamba yang lemah. Mohon perbetulkan ya...moga-moga perkongsian ini mampu menjadikan kita muslim dan muslimah yang diredhai Allah..aamiin....

Sekian...
Wassalam... 

Thursday, May 17, 2012

Aura belajar

Teringin pula nak sambung belajar. Walaupun dah tamat pengajian diperingkat ijazah, nampaknya aura belajar masih bersisa. Nak buat camne ni???? betullah, proses pembelajaran tak semestinya secara formal, dalam keadaan tak formal pun kita boleh belajar. Tapi....situasi tu kan tak sama!

Dulu waktu jadi pelajar tak sabar-sabar nak tamat belajar, sekarang dah habis belajar baru kata tak puas belajar...haishhh!! ruginya!

Semenjak tamat belajar, setiap hari bermula dari pagi hinggalah ke malam, terasa sangat kehidupan ni kosong...takde entri! Blog kalau takde entri takpe tapi hidup kalau takde ilmu parah der!

Apa pun, tak lama lagi, kalau ada rezeki insyaallah akan dapat penempatan mengajar. Tak tau la dapat kat mana tapi kalau boleh nak tempat sendiri. Waktu tu mungkin bolehlah sambung belajar diperingkat seterusnya. Tak kesahlah waktu tu dah lanjut usia, yang penting istiqamah dalam menimba ilmu...

Lets us make our life more success...


Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari GURU

Selamat Hari Guru...



Cikgu...

Terima kasih atas ilmu yang kalian curahkan kepadaku selama ini. Sesungguhnya terlalu banyak jasa kalian yang mungkin atau memang tidak dapat dibalas dengan wang ringgit mahu pun kemewahan dunia.


Kehidupan yang baik dan masa depanku yang cerah kini adalah hasil didikan kalian semua. Semoga jejak langkah kalian dapatku contohi. Aku juga berharap dapat mencurahkan ilmu kepada generasi akan datang tanpa mengenal rasa jemu dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa kerana Allah Taala.

Selangkah lagi aku akan menjadi sebahagian daripada kalian CIKGU. Aku amat berharap dapat menjadi seorang guru yang hadirnya sentiasa ditunggu, perginya selalu dirindu, ilmunya sentiasa diburu, nasihatnya selalu diseru dan tingkahlakunya ditiru dan dicontohi...Insyaallah...


Kepada Ibu dan Bapa...kalian juga layak menerima ucapan "Selamat Hari Guru"

Kalian juga adalah guru yang istimewa. Kalianlah yang mencorak dan membentuk kami sejak dari kecil, mengajar kami untuk berdiri sendiri, mengajar kami berperlakuan baik, mengajar kami menilai perlakuan baik dan buruk, mendidik kami dengan nilai-nilai murni, mendidik kami menjadi insan yang tahu menghargai, mendidik kami dengan ilmu agama, sentiasa mengawasi gerak geri kami agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak baik, menegur kami dikala kami tersilap dan banyak lagi...tidak mampu untukku nyatakan semuanya...

Terima kasih atas segalanya CIKGU!

 Semoga CIKGU-CIKGU semua mendapat keberkatan daripada-Nya, aamiin...

Tuesday, May 15, 2012

Konvokesyen UPSI ke-14


Assalammualaikum....

Syukur alhamdulillah, terima kasih Allah kerana sentiasa memelihara dan mempermudahkan segala urusan hamba-Mu ini sepanjang menjalani penghidupan di atas bumi-Mu. Semoga redha-Mu sentiasa mengiringiku. Aamiin...


~ 7-9 Mei 2012

Tarikh keramat ini pasti akan diingati dan semestinya menjadi kenangan manis para graduan Ijazah Sarjana Muda, UPSI. Tahniah kepada semua graduan!!

Alhamdulillah, selama 4 tahun menuntut ilmu di UPSI akhirnya berjaya juga menggenggam segulung ijazah (Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan). Apabila mengimbau kembali segala peristiwa selama bergelar mahasiswi UPSI, terasa segala-galanya menjadi manis walhal adakalanya peristiwa yang berlaku ada yang pahit dan sangat menguji kesabaran...

Walaupun sudah menggenggam segulung ijazah dan kini bergelar alumni UPSI, namun terasa rindu pula hendak menjadi pelajar, rindu pada suasana kuliah, rindu pada assignment, rindu pada leteran pensyarah, rindu pada program-program keagamaan, rindu pada kolej-kolej dan rumah kediaman, rindu pada sahabat seperjuangan serta rindu pada housemate dan roomate....ringkasnya, rindu pada segala-galanya dan yang paling penting...rindu pada ILMU...

Semoga proses menuntut ilmu tidak akan berakhir diperingkat ini sahaja...Insyaallah...

Sunday, January 15, 2012

Jom muhasabahkan diri


Saban tahun, usia semakin meningkat,
kulit pun semakin berkedut,
apa lagi yang dapat kita lihat?
jangan bila dah sampai ajal barulah nak kalut!!


Manusia memang sifatnya lalai,
bersungguh-sungguh nak kumpul harta dunia padahal harta tu milik Ilahi,
Tak nampak pun pahala disebalik amalan ibadah sehari-hari,
nampak sangat suka menzalimi diri.

Kan bagus kalau seimbang amalan dunia dan akhirat,
waktu kerja pulunlah buat kerja
bila masuk waktu solat, pergilah solat
tunaikan kewajipan sebagai hamba-Nya.

Kalau kita sentiasa istiqamah dalam beramal serta tetap iman dan taqwa,
pasti 'Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang' sayang kat kita,
Selangkah kita dekat pada-Nya,
Seribu langkah Dia dekat pada kita.

Kalau pahala tu diperlihatkan secara tunai,
mesti semua orang tak lekang dari tikar sejadah,
malah tak cukup 24 jam pun untuk beribadah,
kalau camni la jadahnya, amanlah duniawi.








Saturday, January 14, 2012

Sakit itu nikmat

Assalammualaikum...

Badan tak sihat, demam!!



Alhamdulillah...
Bersyukur sangat diberi ujian camni. Kesakitan ni membuatkan saya memuhasabahkan diri. Mungkin terlalu banyak dosa kot. Sakit itu nikmat sebenarnya...ya la, nikmat sebab dapat meneutralkan dosa-dosa kecil yang dah kita buat.

Biasanya bila sakit barulah orang terngadah. Hmm...
Manusia macam tu lah, bila dah sakit dan diuji dengan ujian yang tak seberapa barulah nak ingat Allah. Itu baru ujian kecil. Kalau ujian besar camne??

Ada juga manusia yang suka mengeluh dan merungut walaupun diberi sedikit ujian...Alhamdulillah!! sepatutnya itu yang keluar daripada mulut...

Ape pun, dengan bermuhasabah diri, mungkin kita boleh memperbaiki diri dari sudut ibadah. Allah nak bagi tau la tu yang kita ada banyak dosa. Cuma kita je yang tidak sedar dan sampai bila-bila pun tidak akan sedarkan diri kalau tidak diberi ujian macam tu.

So, moral of the story is apa saja yang berlaku itu ada hikmahnya. Bermuhasabahlah...pasti akan berasa tenang dan semakin bertambah kualiti keimanan kita. Insyaallah...




Friday, January 13, 2012

DOA BUATMU SAHABAT


Segala puja dan puji hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan... 

Ya Allah...
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah di luar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya. 

Ya Allah...
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang. 

Ya Allah... 
Janganlah Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutang melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang. 

Ya Allah...
Lindungilah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu. 

Ya Allah... 
Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah sahabat-sahabatku dalam menghadapi segala urusan dan berikanlah kekuatan kepada mereka dalam menerima petunjukMu. 

Ya Allah...
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya. 

Ya Allah... 
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonan, sebaik-baik kejayaan dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku memohon kepadaMu supaya letakkan sahabatku di tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku. 

Ya Allah... 
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasannya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkan hatinya. Dan apa sahaja yang telah meluputkan hatinya bukanlah semata-mata menimpa dirinya. 

Ya Allah... 
Aku bermohon baginya kepadaMu cahaya keimanan dan rezeki yang dicukupkan. Jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan seluruh hatinya rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. 

Ya Allah… 
Jadikanlah seluruh cintanya hanya kepadaMu dan seluruh amal perbuatannya hanyalah untuk mencari keredhaanMu. Ya Allah... Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai. 

Ya Allah... 
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agung. 

 Amin...

Perpisahan dan persahabatan

Bertemu dan berpisah itu adat kehidupan sejak azali

Teringat pula nasyid ni...Jom layan ~


Bila dah semester lapan, semakin terasa pula situasi ni. Perpisahan tidak dapat dielakkan, maklumlah dah habis pengajian. Sedih sangat ditinggalkan dan nak meninggalkan mereka-mereka yang pernah kita kenali. Walaupun lepas ni jarang bertemu ataupun mungkin tidak akan bertemu lagi, harap-harap perhubungan masih wujud di antara kita. Jauh atau dekat bukan penghalang atau menjadi masalah untung berhubung...tak gitu??

Camna pun, kenangan tetap kenangan dan semuanya akan menjadi memori pada masa akan datang. Semoga persahabatan yang terjalin ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat...Insyaallah.

Kepada sahabat semua, tak kiralah rakan-rakan AT58 (Ppmas UPSI), junior, housemate, roomate dan lain-lain lagi, terima kasih atas persahabatan yang terjalin. Tidak ada apa yang saya harapkan melainkan ukhwah yang sentiasa subur disirami manik-manik ingatan serta titipan doa yang tulus ikhlas dari kalian. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan kesihatan yang baik kepada kalian semua.

Seorang Ustaz pernah berkata, sahabat yang baik adalah sahabat yang apabila kita memandang wajahnya, akan terbit cinta kita kepada Allah, terdorong untuk melakukan ibadah serta melakukan perkara-perkara yang baik. Malah takut untuk melakukan kejahatan, kezaliman dan terjebak dengan kekufuran. Masyaallah, bestnya dapat kawan macam tu kan??

Mudah-mudahan kita menjadi sahabat yang baik kepada sahabat kita. Insyaallah, pasti hidup akan sentiasa gembira dan ceria. 

Nak berpisah pun taklah sedih sangat...kan..kan...

Wednesday, January 11, 2012

Peperiksaan terakhir di bumi UPSI

Assalammualaikum...

Alhamdulillah...hari ini bersamaan 11 Januari 2012, berakhirlah sudah exam yang terakhir untuk sem lapan dan juga untuk yang terakhir kalinya selama lapan sem berada di UPSI.

killer subject : Isu-isu Serantau dan Antarabangsa by D.M.S
Detik terakhir sebelum jam menunjukkan jam empat, senyuman terus terukir lebar namun di sebalik senyuman itu wujud sebuah kesayuan yang agak sukar untuk aku luahkan. Hanya hati saja yang memahami segala-galanya. Sepanjang berada di "Perkampungan" ini, banyak yang telah aku pelajari termasuklah pengalaman, persahabatan, kerinduan, pengorbanan, kekecewaan, dan banyak lagi.

Sedar tak sedar, tamat sudah pengajianku di bumi UPSI. Dulu, saat inilah yang ditunggu-tunggu tapi bila dah sampai waktunya, macam tak percaya pula...

Eehhh!! mimpi ke nih??!


Wednesday, August 24, 2011

Kuntuman bunga di laman sekolah


Hasrat di hati ingin melihat karya Sang Pencipta di laman buatan insani. Tiba-tiba, ehh..cantiknya!! hati memuji kuntuman bunga yang segak bergaya, berlenggang-lenggok...macam tau-tau je kite nak puji...








Wednesday, July 27, 2011

Bulan Ramadhan

Assalammualaikum...

Alhamdulillah...tidak lama lagi, bulan Ramadan akan menjelma lagi. Tidak sabar rasanya hendak menyambut bulan yang penuh barakah ini. Ramadan tahun lepas memang "best" tapi harap-harap Ramadan tahun ini lebih bermakna berbanding tahun lepas. Apa pun, semoga bulan ramadan kali ini dapat dipenuhi dengan amalan-amalan yang boleh menambahkan keimanan kepada Allah.
Kepada kaum muslimin dan muslimat di luar sana, saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak". Rebutlah peluang keemasan ini untuk menambahkan kuantiti pahala masing-masing dan melipatgandakan amalan sebagai tiket untuk ke syurga yang kekal abadi. Semoga, kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sabar. Insyaallah...

Saturday, May 14, 2011

Rindu kat awak...RUB!

Dah berminggu-minggu blog ni tidak ter'update'. Sekarang payah skit nak online, mujurlah hati terbuka untuk beli broadband. Lepas ni bolehlah online selalu.

Mmm..sekejapnye masa berlalu. Praktikal sudah bermula sejak seminggu lalu. Tinggal 13 minggu je lagi nak berpraktikal. Setiap hari kena p sekolah, balik jam 1.05pm..pastu kena masuk kelas, berhadapan dengan guru2 senior dan kena layan karenah bos (UNIV). Terkadang fikiran ter'stuck'..mampuih!

Len dari tu, setiap hari kena bersedia dengan pelbagai kemungkinan..silap haribulan kena buat keja-keja add hok (hentam p la). Terima je la kalau kena batang hidung. Tapi okey pe dapat kerja2 add hok, tu la yang mahal sebenarnya. nak amik mana pengalaman kalau bukan daripada keja2 lagu tu. Haa...kuar dah bahasa utara yang tak berapa nak utara nih. Cek baru nak belajaq. Salah pa cek tak kesah..
Hangpa jangan marah na kalau cek salah sebut ka, salah eja ka, salah apa2 ja la na.. cek pun baru nak belajaq cakap bahasa utara.

Setakat ni la dulu...cek riiindu kat hang RUB (Ruang Untukku Berbicara).

Friday, April 22, 2011

Kegilaan para wanita


Siapa nih??
Bila keboringan melanda, inilah hasilnya. Mujurlah mood tetap ada. Lukisan ni tidaklah seberapa, cukuplah sekadar mengisi masa lapang dan juga sebagai penawar kebosanan tahap dewa. Dah lama dah lukisan ni. Mmm..tak silap RUB, lukisan ni siap semester lepas.

Kenal tak siapa dalam lukisan tu? kalau tak kenal takpe, mungkin lukisan tu kot yang tak okeh. Anyway, sharing is caring..so, RUB just nak berkongsi dengan korang..manalah tau, ade orang yang sudi nak berkongsi tips memperbaiki lukisan dan teknik melukis. Nanti bolehlah RUB perbaiki lukisan pada masa akan datang.

Sinopsis lukisan (perghh..). 
Orang ini menjadi kegilaan para wanita di seluruh dunia. Hemm...memanglah, dah lelaki!!. Auranya begitu menyerlah sehingga semua golongan masyarakat tak kira orang tua, remaja, golongan kaya, miskin, malah golongan kanak-kanak pun turut mengalami fenomena luar biasa Maherzeinisme...Fuhhh..

Lepas ni, kalau boring lagi, nanti RUB lukis gambar isteri dan anak Maher Zain pula...(kalau ada mood la)
Okey...adios!

Thursday, April 21, 2011

Hari lahir alarm kematian.

Hari ini 21 April 2011. Maka, genaplah sudah umurku 24 tahun. Pejam celik, pejam celik dan pejam celik lagi, baru aku tersedar waktu begitu cepat berlalu. 
Lalainya aku...


SELAMAT HARI LAHIR
HAPPY BIRTHDAY
FELIZ CUMPLEANOS
SANAH HELWA
MALIGAYANG KAARAWAN

Inilah antara alarm yang sentiasa berdering tetapi tidak pernah dipedulikan...

Setiap kelahiran pasti disusuli kematian...Itulah sebabnya setiap kali tibanya tarikh kelahiran, hati menjadi gundah dan tidak keruan kerana membayangkan umur yang semakin menghampiri penghujungnya. Terima kasih pada kalian semua kerana mengingatkan aku pada kematian.

Aku menjadi bimbang...bimbang kesuntukan waktu mengumpul "bekalan" untuk kehidupan di alam seterusnya. Waktu itu, tiada siapa yang mampu membantu. Hanya aku...aku yang menentukan kesudahan nasibku di "sana". Bertindaklah sebelum terlambat...

Waktu tidak diciptakan untuk berundur ke belakang. Begitu juga hayat. Kedua-duanya sentiasa bergerak ke hadapan, menuju suatu garisan penamat yang dinamakan maut. Itulah suratan takdir yang tidak mampu diubah oleh sesiapa pun kecuali kehendak Robbul Izzati. Maka, untuk memperoleh kesudahan yang baik, manfaatkanlah nikmat kelahiran. Terima kasih kepada mereka yang mengucapkan "Selamat Hari Lahir". Itu juga adalah motivasi untuk memuhasabahkan diri.

* Peringatan pada diri..."bekalan" dah cukup?


** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

Ingatlah Penghancur Segala Kenikmatan!!


Nabi s.a.w menganjurkan agar banyak mengingati kematian. Beliau bersabda, yang ertinya: “Perbanyaklah mengingati penghancur kenikmatan (maut)” (HR: At-Tirmidzi, hasan menurutnya). Imam Al-Qurthubi rahimahullah berkata, “Para ulama mengatakan, ucapan beliau, “Perbanyaklah mengingati penghancur kenikmatan”, merupakan ucapan ringkas tetapi padat, menghimpun makna peringatan dan amat mendalam pengertiannya. Orang yang benar-benar mengingati kematian pasti akan mengurangi kenikmatan yang dirasakannya ketika itu. Firman Allah s.w.t dalam surah Ali ‘Imran ayat 185, ertinya, “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati”.

Siapa Orang Yang Paling Cerdik?

Ibnu Umar r.a pernah berkata, “Aku pernah menghadap Rasulullah s.a.w sebagai orang ke sepuluh yang datang, lalu salah seorang dari kaum Ansar berdiri seraya berkata, “Wahai Nabi Allah, siapakah manusia yang paling cerdik dan paling tegas?” Beliau menjawab, “(adalah) Mereka yang paling banyak mengingat kematian dan bersedia menghadapinya. Mereka itulah manusia-manusia cerdas; mereka pergi (mati) dengan harga diri dunia dan kemuliaan akhirat.” (HR: Ath-Thabrani, dishahihkan al-Mundziri).

Faedah Mengingat Kematian
·         Mendorong diri untuk bersiap menghadapi kematian sebelum kedatangannya.
·         Memendekkan angan-angan untuk tinggal lama di dunia yang fana ini, kerana panjangnya angan-angan adalah punca paling besar lahirnya kelalaian.
·         Menjauhkan diri dari cinta dunia dan rela dengan yang sedikit.
·         Berkeinginan pada akhirat dan mengajak untuk berbuat taat.
·         Meringankan seorang hamba dalam menghadapi cobaan dunia.
·         Mencegah kerakusan dan ketamakan terhadap kenikmatan duniawi.
·         Mendorong untuk bertaubat dan menyesali kesalahan masa lalu.
·         Melembutkan hati, membuat mata menangis, sebagai motivasi untuk mempelajari agama dan mengusir keinginan hawa nafsu.
·         Mengajak bersikap rendah diri (tawadhu’), tidak sombong, dan tidak berlaku zalim.
·         Mendorong sikap toleransi, memaafkan teman dan menerima alasan orang lain.

Sumber Rujukan: My Qalbu


Mendidik anak cara Islam



Tidak ada formula khusus mendidik anak kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik, yakni berbeza-beza di antara satu sama lain. Bagaimanapun, Rasulullah SAW menggariskan 4 tahap mendidik anak:

Tahap Pertama
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang seperti mana haiwan menjaga anak.

Tahap Kedua
Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap Ketiga
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Tahap Keempat
Anak berumur lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibubapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibubapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.


Tuesday, April 19, 2011

Pulut + durian

pulut + durian
Ni dia pulut + durian. Apa ar nama makanan ni? Siapa boleh explain??. Member selalu sebut pasal makanan ni. First time dengar memang rasa pelik. Bagi orang semenanjung, makanan ni mungkin biasa saja. Tapi, bagi orang Sabah dan Sarawak, makanan ni agak pelik dan ganjil.

Di Sabah adakah makanan macam ni?

Mmmm...memang sedap. Saya pernah makan makanan ni tapi baru sekali (mau lagi). Tu pun waktu p Penang hari tu. Kalau korang terliur tengo gambar tu, dan rasa mau mencuba makanan ni apa tunggu lagi...p la cari durian. Senang saja bah..meh saya tunjuk korang cara membuat makanan ni...

1. Korang kena cari durian dulu. Semua jenis durian boleh pulun. Kalau tiada durian sendiri, terpaksalah beli. Korang belilah 5 atau 6 buah durian. Barulah ada Ummpp..seeedaaap! Tapi, pastikan durian yang korang beli tu bagus dan sedap.

2. Pastu korang kukus pulut. Kalau mau kukus pulut, kukuslah pulut ikut per jumlah perut ye. Kata orang sepinggan pulut sama dengan 5 pinggan nasi putih. hohoho...berpada-padalah.

3. Jangan lupa santan. Santan ni kena masak dulu tau. Waktu makan nanti, tuanglah santan tu di atas pulut. Buat macam kuah.

4. Kalau ada gula lagi sedap..tapi kalau tiada gula pun tidak apa juga (jimat skit).

Kalau semua bahan sudah ada, step seterusnya...bubuh pulut dalam pinggan. jangan banyak sangat nanti tidak dapat habis, membazir saja. Lepas tu letak santan, gula, dan durian. Kemudian gaul semuanya macam korang gaul nasi kerabu. Kalau banyak durian lagi sedap. Lepas gaul semua...step seterusnya...

Serbuuuuuuuuuuuu......

 E'eehh..jangan gelojoh la...
Janganlah berebut...
Ehh..yang tu saya punya...
Mau lagi pulut...
Durian ada lagi ka?
Isshh..serabut!

Sunday, April 17, 2011

Pi Penang


 Akhirnya...
Tercapai juga hasrat untuk menjejakkan kaki di pulau ni.



Hurmm...Seronok rupanya duk di Penang. 
Macam-macam ada...



 Pemandangan di sini pun tidak kurang hebatnya dengan lokasi percutian lain.


Damainya jiwa tatkala menyaksikan mentari menyembunyikan diri...


Itu dia...panorama yang mengujakan.

Nabi terakhir


1. QS AL AHZAB 40: ” Bukanlah Muhammad itu bapak salah seorang laki-laki di antara kamu tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup Nabi-nabi”
2. Imam Muslim dan yang lainnya meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Perumpamaan saya dan para Nabi sebelum saya seperti orang yang membangun satu bangunan lalu dia membaguskan dan membuat indah bangunan itu kecuali tempat batu yang ada di salah satu sudut. Kemudian orang-orang mengelilinginya dan mereka ta’juk lalu berkata: ‘kenapa kamu tidak taruh batu ini.?’ Nabi menjawab : Sayalah batu itu dan saya penutup Nabi-nabi”
3. Imam Muslim juga meriwayatkan dari Jubair bin Mut’im RA bahwa Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya saya mempunyai nama-nama, saya Muhammad, saya Ahmad, saya Al-Mahi, yang mana Allah menghapuskan kekafiran karena saya, saya Al-Hasyir yang mana manusia berkumpul di kaki saya, saya Al-Aqib yang tidak ada Nabi setelahnya”
4. Abu Daud dan yang lain dalam hadist Thauban Al-Thawil, bersabda Nabi Muhammad SAW:
“Akan ada pada umatku 30 pendusta semuanya mengaku nabi, dan saya penutup para Nabi dan tidak ada nabi setelahku”
5. Khutbah terakhir Rasulullah …
” …Wahai manusia, tidak ada nabi atau rasul yang akan datang sesudahku dan tidak ada agama baru yang akan lahir.Karena itu, wahai manusia, berpikirlah dengan baik dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu. Aku tinggalkan dua hal: Al Quran dan Sunnah, contoh-contoh dariku; dan jika kamu ikuti keduanya kamu tidak akan pernah tersesat …”
6. Rasulullah SAW menjelaskan: “Suku Israel dipimpim oleh Nabi-nabi. Jika seorang Nabi meninggal dunia, seorang nabi lain meneruskannya. Tetapi tidak ada nabi yang akan datang sesudahku; hanya para kalifah yang akan menjadi penerusku (Bukhari, Kitab-ul-Manaqib).
7. Rasulullah SAW menegaskan: “Posisiku dalam hubungan dengan nabi-nabi yang datang sebelumku dapat dijelaskan dengan contoh berikut: Seorang laki-laki mendirikan sebuah bangunan dan menghiasinya dengan keindahan yang agung, tetapi dia menyisakan sebuah lubang di sudut untuk tempat sebuah batu yang belum dipasang. Orang-orang melihat sekeliling bangunan tersebut dan mengagumi keindahannya, tetapi bertanya-tanya, kenapa ada sebuah batu yang hilang dari lubang tersebut? Aku seperti batu yang hilang itu dan aku adalah yang terakhir dalam jajaran Nabi-nabi”. (Bukhari, Kitab-ul-Manaqib).
8. Rasulullah SAW menyatakan: “Allah telah memberkati aku dengan enam macam kebaikan yang tidak dinikmati Nabi-nabi terdahulu: – Aku dikaruniai keahlian berbicara yang efektif dan sempurna. – Aku diberi kemenangan karena musuh gentar menghadapiku – Harta rampasan perang dihalalkan bagiku. -Seluruh bumi telah dijadikan tempatku beribadah dan juga telah menjadi alat pensuci bagiku. Dengan kata lain, dalam agamaku, melakukan shalat tidak harus di suatu tempat ibadah tertentu. Shalat dapat dilakukan di manapun di atas bumi. Dan jika air tidak tersedia, ummatku diizinkan untuk berwudhu dengan tanah (Tayammum) dan membersihkan dirinya dengan tanah jika air untuk mandi langka. – Aku diutus Allah untuk menyampaikan pesan suciNYA bagi seluruh dunia. – Dan jajaran Kenabian telah mencapai akhirnya padaku (Riwayat Muslim, Tirmidhi, Ibnu Majah)
9. Rasulullah SAW menegaskan: “Rantai Kerasulan dan Kenabian telah sampai pada akhirnya. Tidak akan ada lagi rasul dan nabi sesudahku”. (Tirmidhi, Kitab-ur-Rouya, Bab Zahab-un-Nubuwwa; Musnad Ahmad; Marwiyat-Anas bin Malik).
10. Rasulullah SAW menjelaskan: ‘Saya Muhammad, Saya Ahmad, Saya Pembersih dan kekafiran harus dihapuskan melalui aku; Saya Pengumpul, Manusia harus berkumpul pada hari kiamat yang datang sesudahku. (Dengan kata lain, Kiamat adalah satu-satunya yang akan datang sesudahku); dan saya adalah Yang Terakhir dalam arti tidak ada nabi yang datang sesudahku”. (Bukhari dan Muslim, Kitab-ul-Fada’il, Bab Asmaun-Nabi; Tirmidhi, Kitab-ul-Adab, Bab Asma-un-Nabi; Muatta’, Kitab-u-Asma-in-Nabi; Al-Mustadrak Hakim, Kitab-ut-Tarikh, Bab Asma-un-Nabi).
11. Rasulullah SAW menjelaskan: “Allah yang Maha Kuasa tidak mengirim seorang Nabi pun ke dunia ini yang tidak memperingatkan ummatnya tentang kemunculan Dajjal (Anti-Kristus, tetapi Dajjal tidak muncul dalam masa mereka). Aku yang terakhir dalam jajaran Nabi-Nabi dan kalian ummat terakhir yang beriman. Tidak diragukan, suatu saat, Dajjal akan datang dari antara kamu”. (Ibnu Majah, Kitabul Fitan, Bab Dajjal).
12. Abdur Rahman bin Jubair melaporkan: “Saya mendengar Abdullah bin ‘Amr ibn-’As menceritakan bahwa suatu hari Rasulullah SAW keluar dari rumahnya dan bergabung dengan mereka. Tindak-tanduknya memberi kesan seolah-olah beliau akan meninggalkan kita. Beliau berkata: “Aku Muhammad, Nabi Allah yang buta huruf”, dan mengulangi pernyataan itu tiga kali. Lalu beliau menegaskan: “Tidak ada lagi Nabi sesudahku”. (Musnad Ahmad, Marwiyat ‘Abdullah bin ‘Amr ibn-’As).
13. Rasulullah SAW berkata: ” Allah tidak akan mengutus Nabi sesudahku, tetapi hanya Mubashirat”. Dikatakan, apa yang dimaksud dengan al-Mubashirat. Beliau berkata: Visi yang baik atau visi yang suci”. (Musnad Ahmad, marwiyat Abu Tufail, Nasa’i, Abu Dawud). (Dengan kata lain tidak ada kemungkinan turunnya wahyu Allah di masa yang akan datang. Paling tinggi, jika seseorang mendapat inspirasi dari Allah, dia akan menerimanya dalam bentuk mimpi yang suci).
14. Rasulullah SAW berkata: “Jika benar seorang Nabi akan datang sesudahku, orang itu tentunya Umar bin Khattab”. (Tirmidhi, Kitab-ul-Manaqib).
15. Rasulullah SAW berkata kepada ‘Ali, “Hubunganmu denganku ialah seperti hubungan Harun dengan Musa. Tetapi tidak ada Nabi yang akan datang sesudahku”. (Bukhari dan Muslim, Kitab Fada’il as-Sahaba).
16. Rasulullah SAW menjelaskan: “Di antara suku Israel sebelum kamu, benar-benar ada orang-orang yang berkomunikasi dengan Tuhan, meskipun mereka bukanlah NabiNYA. Jika ada satu orang di antara ummatku yang akan berkomunikasi dengan Allah, orangnya tidak lain daripada Umar. (Bukhari, Kitab-ul-Manaqib)
17. Rasulullah SAW berkata: “Tidak ada Nabi yang akan datang sesudahku dan karena itu, tidak akan ada ummat lain pengikut nabi baru apapun”. (Baihaqi, Kitab-ul-Rouya; Tabrani)

keta'atan matahari


Di depanku ini
berdiri megah selajur tanah yang tinggi
menganjur dari utara ke selatan
mengembalikan ingatanku ke kampung halaman

tiada bezanya di sini dan di sana,
udaranya sama,
rimbunan pohon pun sama sahaja
mentari juga muncul dari arah yang sama,
ringkasnya, semua sama.

* * * * * * * * * *
Subhannallah...
mentari yang terbit dari celah-celah pebukitan itu
membuatkan aku terpaku sebentar
cantik,
menenangkan,
juga menginsafkan,

Matahari
jadualnya telah diatur...

di siang hari,
ia berkhidmat menyinari alam
memberi cahaya kepada sekalian umat
bersama rahmat
anugerah dari yang Esa

apabila hari gelap,
semuanya malap
tapi ia tetap ada
ia ada di ufuk sana
itulah namanya malam,
masa untuk manusia bersemayam.

matahari itu juga makhluk seperti manusia,
sentiasa mentaati perintah-Nya
melaksanakan tugas tanpa keluhan,
juga tanpa dengusan.

namun,
 taat manusia tidak pernah sama dengan
taatnya matahari pada penciptanya
umpama langit dan bumi jaraknya.

Saturday, April 16, 2011

Kisah bumi tak bagi malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia


Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah.

Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong. Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan Kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

Kisah ini merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya. Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan kambing, ikan atau lembu? 

Fikir-fikirkanlah...Sekian...



Sedikit pengalaman & kajian 
Posted by Darul Manzil 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...